Bab 1

392 3 0
                                    

Pada fajar yang hening itu, Nur bersendirian menarik bagasinya yang penuh dengan buku, seperti hari-hari sebelumnya. Di kala orang lain masih dalam buaian mimpi, Nur tetap gigih melaksanakan rutin hariannya, iaitu "Projek Nuur 1.0" - Mendidik Generasi Membaca. Sudah beberapa hari berlalu rutin ini, meletak buku di atas meja berdekatan ATM, bawah ruangan solat utama Pusat Islam Darul Huffaz, setiap jam 4.30 pagi.

Ketika sedang leka bersendirian, Nur kembali teringatkan memori lalu, saat bagaimana tercetusnya idea untuk melaksanakan "Projek Nuur 1.0" ini.

"Kenapa orang duk sibuk sangat update status pasal cerita tu eh? Apa syoknya cerita tu pun, aku tak tahu. Sikit sikit update. Nur lah. Ustaz Adam lah. Apa lah. Tak faham aku.", gumam Nur sendirian. Makin hari, makin ramai sahabatnya yang sibuk menceritakan kisah Nur dan Ustaz Adam di media sosial.

Hari berlalu, sahabat-sahabatnya masih sibuk dengan Nur dan Ustaz Adam. Akhirnya, Nur terdetik "Ya Allah, andai cerita ini memberi manfaat buat diriku, izinkanlah aku untuk menonton cerita ini. Tetapi, andai tidak, halangilah aku daripada menghabiskan masaku dengan aktiviti yang tidak berfaedah ya Allah". Kebetulan, Nur ketika itu sedang dalam keadaan haid. Jadinya. Nur mempunyai lebihan masa berbanding hari kebiasaan sewaktu boleh solat.

Maka, bermulalah sesi menonton filem Nur, arahan Shahrulezad Mohameddin. Bermula episod satu hingga akhir, disambung dengan Nur 2 bermula episod satu hingga akhir, tak henti-henti Nur menontonnya. Hanya makan, mandi dan tidur yang menjadi pemisah sementara. Haa, nak katanya dahsyat penangan kisah Nur ni. Munasabahlah menang award hari tu.

"Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah... Buat kesekian kalinya aku sujud kepada-Mu... Saban hari aku berdoa pada-Mu ya Allah, agar suatu hari nanti Kau berikan aku peluang keluar daripada lembah hina ini..."

"Aku ialah hamba-Mu yang paling hina yang masih yakin suatu hari nanti Kau akan menerima taubatku ini dan memberi aku peluang untuk menjadi hamba-Mu yang lebih baik."

"Ya Allah, Ya Tuhanku... Dalam rasa sayu kejauhan ini... Aku tetap berterima kasih dengan-Mu kerana Kau tidak pernah menutup pintu hatiku daripada sujud untuk terus menanti rahmat dan ihsan daripada-Mu. Walau selelah manapun aku terpaksa menunggu. Aku tetap akan menunggu-Mu, ya Allah. Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ampunkanlah segala dosaku, ya Allah... Dan terima kasih kerana mengizinkan aku sujud lagi pada pagi ini. Aamiin, ya Allah... Aamiin, aamiin, ya Rabbal 'Aalamiin."

"Walau apa pun terjadi, aku akan tetap menunggu rahmat-Mu, ya Allah... Walau apa pun terjadi..."

Tanpa sedar, pipi Nur sudah basah dengan airmata. Dia cukup terkesan saat mendengar setiap bait doa yang dilantunkan oleh pelakon tersebut.

Begitu juga dengan adegan Ustaz Adam yang tak henti-henti berdakwah di lorong walau namanya tercalar. Nur terdetik di hatinya, suatu kata-kata yang pernah sahabatnya sampaikan suatu ketika dahulu "If not now, when? If not me, who?". Menurut Nur, kalau Ustaz Adam boleh berdakwah di pagi buta, kenapa bukan aku? Begitulah kisahnya bagaimana akhirnya tercetus idea "Projek Nuur 1.0".

"Allahu akbar, Allahu akbar!!" kedengaran laungan azan dari Pusat Islam Darul Huffaz, langsung mematikan lamunan Nur di pagi yang hening itu. Nur segera ke tempat wudhu' dan seterusnya ke ruangan solat wanita.

Selesai solat dan mengaji, sewaktu Nur ingin pulang ke asrama, seperti biasa buku-bukunya hendak dibawa pulang sekali bersama bagasi. Tetapi, lain pula jadinya pada hari itu. Tiba-tiba datang seorang ustaz, antara pegawai tertinggi di unit Hal Ehwal Pelajar. Ustaz Khairul Sofwan menegur Nur "Eh, awak nak ke mana dengan buku-buku ni?". Lalu, jawab Nur dengan sopan, "Saya nak bawa balik ke asrama, ustaz. Memang biasa saya buat macamtu. Saya letak sini sebelum Subuh, lepas Subuh saya ambil bawa balik."

Namun, ustaz Khairul Sofwan menegah Nur. Kata beliau, "Eh, tinggalkan je kat sini. Letak nombor telefon kamu dan notis sikit." Nur terkejut kegembiraan dengan idea ustaz. Tidak disangka, ustaz menyokong usaha dan projek yang Nur laksanakan. Tanpa berlengah lagi, Nur menulis sedikit notis dan mencatat nombor telefonnya di satu kertas dan diletakkan di atas meja yang penuh dengan buku itu.

Nur 'Aisyah 2020 ( Cahaya yang Hidup Bahagia )Where stories live. Discover now