Bab 4

268 1 0
                                    

Pada pagi yang hening itu, Nur sudah siap sedia menunggu kedatangan Haziq ke Pusat Islam Darul Huffaz. Segala buku yang berkaitan sudah dibawanya bersama sebagai persediaan. Makcik guard juga sudah sedia menanti, siapakah gerangannya yang membuatkan Nur begitu marah.

Tiba-tiba, datang seseorang yang sangat tidak disangka. Farah. Ya. Dia menjadi pelajar perempuan pertama yang datang ke masjid. 4.30 pagi dia sudah jejakkan kakinya ke Pusat Islam Darul Huffaz. Nur terkejut. Sangkaannya terhadap kemampuan Farah salah sama sekali. Ternyata Farah mampu mencapai hajatnya, mendapatkan hadiah daripada Nur. MaGic. Mata Ganjaran Islamic. Hadiah berupa set buku dan wang tunai bernilai RM50 seorang, bagi pimpinan terawal dan pelajar terawal hadir ke Pusat Islam Darul Huffaz.

"Wahh, Farah. Awal awak datang hari ni ye. Tercapai jugak impian awak nak hadiah tu. Nanti tuntut dengan akak tau.", jelas Nur kepada Farah.

"Yeay, Alhamdulillah. Baik akak."

"Akak tengah geram tunggu si Haziq ni haa. Kenapa dia macamtu eh? Eeeii geramnya dengan sikap dia.", tiba-tiba Nur meluahkan kepada Farah. "Geraaam. Tak pernah akak rasa marah macamni kepada sesiapa."

Faiq. Pimpinan lelaki pertama yang tiba di masjid. Seperti semalam, dia menulis namanya di atas kertas yang telah tersedia di atas meja sebelah ATM. Nur sempat memanggilnya. "Ustaz. Tolong panggil Haziq turun boleh? Eeeii ana geram betul dengan dia."

"Okay okay.", jawab Faiq. Tetapi, akhirnya bayangnya hilang. Kosong daripada pandangan Nur.

"Ahmad, boleh callkan salah sorang pimpinan kampus tak? Haziq namanya. Cakap kat dia, akak tunggu dah kat masjid ni. Akak nak jumpa dia, depan makcik Norlia.", Nur menghantar mesej kepada pelajar pertama yang hadir ke masjid semalam, Ahmad.

Jam sudah menunjukkan hampir 5.30 pagi. Tetapi, batang hidung Haziq masih belum kunjung tiba. Bayangnya pun belum ada, apatah lagi dirinya. Nur sibuk meluahkan perasaannya kepada makcik guard, Norlia. "Makcik, saya geraaaaaam sangat dengan dia. Kenapa dia macamtu eh?", luah Nur. Makcik Norlia hanya bertindak menenangkan Nur sahaja.

Akhirnya, sudah tiba 5.30 pagi, dan Haziq masih tidak muncul-muncul. Nur terfikirkan jalan penyelesaian yang lain. Dia memilih untuk menggunakan orang tengah. Ya. Guru Quran kepada Haziq. Ustaz Nabil. Nur menghantar pesanan ringkas kepada Ustaz Nabil, meminta izin ustaz untuk menjadikan ustaz sebagai orang tengah, dan mereka akan berkumpul di bilik ustaz Nabil pada jam 7.30 pagi.

Nur sengaja memilih waktu sebelum masuk ke kelas hafazan kerana dia tidak mahu masalah tersebut mengganggu fikirannya. Nur mahu segala masalah selesai dengan segera.

"Assalamualaikum ustaz. Maaf mengganggu waktu ustaz, pagi buta. Ana ada masalah dengan anak murid ustaz, Haziq. Boleh ke ana nak jadikan ustaz sebagai orang tengah antara kami? Hajatnya nak jumpa pukul 7.30 pagi nanti di bilik ustaz. Boleh ke ustaz bantu ana?"

"Waalaikumussalam, ya Nur. In shaa Allah ustaz boleh bantu. Jangan risau. Semoga Allah permudahkan segalanya."

Nur tenang mendengar jawapan daripada ustaz Nabil.

Tiba-tiba, Nur menerima mesej khas daripada Huda, Naib Yang Dipertua PKDH.

"Akak, arahan daripada YDP, jangan libatkan pensyarah."

Nur terkesima. "Alaahai. Aku punya la semangat nak habiskan cepat masalah ni. YDP pulak kacau 'line'."

Nur masuk ke kelas hafazan seperti biasa. Tetapi, fikirannya terganggu dengan segala masalah berkaitan Haziq. Sebenarnya, bukan hanya disebabkan ayat Haziq tempoh hari yang membuatkan dia naik marah, tetapi juga disebabkan sekatan untuk Nur meneruskan Projek Nuur 1.0.

Seperti memahami gejolak dalam hati Nur, ustaz Ghani menegur Nur yang sedang termenung sendirian. "Nur, datang sini kejap."

Nur bersoal jawab dengan ustaz Ghani selaku guru tasmiknya (guru hafazan). Ustaz Ghani sangat memahami jiwa Nur yang sedang bercelaru. Nur sangat bersyukur kerana dikurniakan ustaz yang sangat membantu. Alhamdulillah.

"Ustaz, boleh ke kalau saya nak jumpa dia nanti?", Nur meminta pandangan ustaz Ghani.

"Ehh, boleh sangat, Nur. Selesaikan semuanya cepat-cepat. Baru fikiran kamu tak bercelaru macam sekarang ni. Dan, kamu boleh fokus dalam kelas.", jawab ustaz Ghani spontan.

Berbekalkan semangat daripada ustaz Ghani, Nur tekad untuk berjumpa dengan Haziq bagi menyelesaikan masalah mereka. Nur keluar daripada kelas, menuju ke kelas Haziq. Tidak disangka, saat itu, Haziq sedang memperdengarkan bacaannya kepada ustaz Nabil. Nur seolah-olah telah mengganggu Haziq menghantar hafazannya.

"Assalamualaikum. Ustaz, ana nak jumpa ustaz sekejap boleh?", soal Nur kepada ustaz Nabil.

"Waalaikumussalam, Nur. Ya, ya. Boleh, boleh. Sekejap ya.", jawab ustaz Nabil.

Lalu, ustaz Nabil keluar daripada kelasnya, bertemu dengan Nur. Mereka berbicara hanya di tepi rak kasut.

"Ustaz, ana rasa ana perlu jugak berjumpa dengan Haziq. Boleh ke ustaz jadi orang tengah antara kami?"

"Boleh, boleh. Jangan risau, Nur. Ustaz sedia bantu kamu."

"Jazakallahulkhair ustaz."

Kemudian, ustaz Nabil masuk ke dalam kelasnya semula. Tiba-tiba, Nur memanggil ustaz Nabil sekali lagi.

"Ustaz, kalau ana nak jumpa Alif sekali boleh? Mereka berdua, ustaz, ana dan ustaz Ghani."

"Baik, baik. Takde masalah, Nur."

Setelah setengah jam berbincang, rupa-rupanya, itu hanyalah salah faham antara Nur dan Haziq. Ustaz Nabil memohon undur diri, "Kalian bincanglah sesama kalian ye. Ustaz ada urusan." Kemudian, disusuli oleh ustaz Ghani. "Ustaz pergi dulu ye. Ada hal." Kini, tinggallah mereka bertiga. Nur, Haziq dan Alif.

Mereka menyambung dialog mereka hingga waktu kelas akademik sudah makin hampir. Alif seperti sedang menahan marah. Jelas di wajahnya, muka merah menahan amarah. Akhirnya, Alif memohon untuk hentikan perbincangan mereka. Mereka telah mencapai satu kata putus yang dikemukakan oleh Haziq. Alhamdulillah, Nur sudah boleh tenang. 

Nur 'Aisyah 2020 ( Cahaya yang Hidup Bahagia )Where stories live. Discover now