"2. Setelah terkena sihir
Sedangkan orang yang sudah terkena sihir, cara penyembuhannya :
a. Mengeluarkannya (sihir itu) dan membatalkannya jika dapat diketahui atau dikesan tempatnya dengan cara yang dibolehkan syarak.
b. Membuat mantera, jampi dan doa-doa yang dibolehkan oleh syarak. Ini boleh dilaksanakan dengan :
i. Menumbuk tujuh helai daun pohon bidara yang masih hijau atau yang semisalnya, kemudian dituangkan air kepadanya sekadar boleh disiramkan atau dimandikan kepada orang yang terkena sihir. Misalnya daun yang sudah ditumbuk itu dimasukkan dalam baldi kemudian diisi air dengan penuh dan dibaca :
Setelah dibacakan padanya ayat-ayat tadi, airnya diminum tiga kali (diambil untuk tiga kali minum) dan air yang selebihnya disiramkan ke badan atau dimandikan. Dengan demikian hilanglah penyakit, in shaa Allah. Kalau diulang cara perubatan seperti itu dua atau tiga kali sudah tentu lebih elok lagi. Ujian percubaan atau perubatan seperti ini sudah banyak dilakukan dan hasilnya Alhamdulillah cukup memuaskan.
ii. Boleh juga dilakukan dengan membaca ayat-ayat, kemudian diiringi dengan meniup benda yang sakit serta menyapunya dengan tangan kanan. Ayat-ayat yang dibaca ialah :
Surah Al-Mu'awwizatain (surah Al-Falaq dan surah An-Nas) itu dibaca tiga kali atau lebih. Setelah selesai membacakan ayat-ayat itu, hendaklah ditiup di tempat yang sakit itu serta disapu dengan tangan kanan secara lembut."
Setelah selesai membaca apa yang terdapat di dalam buku tersebut, Nur cuba mandi dengan cara yang telah diajarkan. Menggunakan daun bidara. Alhamdulillah dengan hanya sekali mandi sahaja, rasa sakit di lehernya sudah hilang. Syukur pada Allah.
** kepada para pembaca yang diuji sebegini, bolehlah cuba amalkan ilmu ini. saya doakan semoga para pembaca dan keluarga sentiasa sihat walafiat. Aameen ya Mujiib.
YOU ARE READING
Nur 'Aisyah 2020 ( Cahaya yang Hidup Bahagia )
Misteri / ThrillerMenceritakan kisah seorang remaja perempuan, yg digelar Nur. Kisah Nur ada kaitan ttg sihir, bipolar disorder, saka, asyik dan banyak lagi. Selamat membaca dan menambah ilmu !