_______________________________________
Deruan nafasnya dihela perlahan. Dirinya berpeluk tubuh bagi menghangatkan badan yang kesejukan dek angin malam menyapa kulit. Sepasang matanya terus memerhati butiran bintang di langit manakala tetamunya sekadar menanti di belakang.
"Ada hal apa tuanku minta patik untuk datang ke sini? Bukankah lebih baik kalau kita berbincang di bilik lain?" Olivia bersuara setelah lama berdiam diri. Tangan diseluk masuk ke dalam poket jaket untuk dihangatkan.
Lima belas minit sudah berlalu sejak dia berada di situ. Namun, sepatah perkataan pun tidak terbit daripada bibir putera itu. Tambahan pula, ini kali pertama dia berjumpa sendirian dengan Theo.
"Olivia melatih orang untuk bertarung. Betul ke?"
"Ya. Kenapa? Ada sesiapa yang tuanku hendak saya latih ke?" gadis berambut perang menyoal lagi.
Theo berpaling ke belakang. Bibirnya melorekkan senyuman tatkala bunyi pintu ke bumbung istana itu kedengaran. Seperti yang dipinta, Louis tiba di situ bersama wajah yang dingin.
"Hai Louis."
"Apa yang tuanku rancang?" Tegas suara itu bertanya. Tanpa menoleh ke kanan dan kiri, butler itu menapak terus ke arah Theo.
"Oops sabarlah Louis. Tengoklah ke kanan tu dulu," ujar Theo selamba.
Louis berhenti melangkah. Sebaik sahaja dia ternampak gadis berambut perang, matanya membulat. Dahinya berkeriut seribu memandang ke arah Theo semula.
"Apa tujuan tuanku panggil Olivia ke sini?"
"Theo nak beritahu rancangan Theo sekarang ni. Jadi, Louis dan Olivia perlu pasang telinga terlebih dahulu," kata putera itu bersama senyuman lebar. Dia mengundur sedikit ke belakang, merapatkan diri dengan penghadang.
"Sebelum tuanku bercerita, patik sarankan tuanku untuk dekati kami. Kami tak nak ada sesuatu buruk yang berlaku pada tuanku," giliran Olivia bersuara. Rasa tidak selesa dengan tindakan Theo ketika itu.
Theo tertawa halus. Dia mendekati dua orang itu. Namun, masih ada jarak satu meter antara mereka. Dia berdehem sekali sebelum membuka mulut.
"Rancangan Theo tak adalah gila macam apa yang Louis sangkakan dan rancangan ni mudah je. Berdasarkan isi surat Luca dan impiannya sebelum ni, Theo dah buat keputusan."
"Keputusan?"
"Yup. Macam yang Louis nampak sekarang ni, ada Cik Olivia di sini. Theo nak minta Cik Olivia latih Theo untuk mahir dalam pertarungan," sambil tersenyum, ayat itu diungkap.
Bukan sahaja Louis, malah Olivia yang dikenali sebagai pahlawan terulung wanita di kerajaan itu turut sama terkejut. Permintaan Theo langsung tidak dijangka.
YOU ARE READING
UTOPIA
Storie brevi『 Short Stories Collection 』 Utopia. Satu lagenda yang sering diimpikan. Dikenali sebagai sebuah dunia ataupun kerajaan yang penuh dengan kebahagiaan, masing-masing berebut untuk ke situ. Meredah pukulan ombak kuat, terus berjalan tanpa mengenal ert...