_______________________________________
Setiap kali jarum jam berdetik, degupan jantung Sang Putera bertambah laju. Perasaannya ketika ini lebih gementar berbanding cubaan membunuh diri yang berani dibuat melalui pil membunuh di giginya malam tadi.
Pertama kali di dalam hidupnya, negara kesayangan akan bertempur habis-habisan dengan negara jiran dek konflik yang tidak dapat diselesaikan dengan baik. Bahkan, dirinya turut terlibat dengan peperangan itu.
Tatkala matahari mula memunculkan diri, arahan daripada general tentera dikeluarkan. Theo turut memberi fokus sepenuhnya terhadap arahan yang dikeluarkan. Di atas kuda, dia duduk menegak dengan penuh bersedia.
"Barisan belakang, akan bergerak setelah mendapat arahan sahaja!" Amaran dilaungkan kuat. Sang Putera mengangguk kecil. Sebentar lagi, dia akan terpisah dengan Luca yang berada di barisan hadapan.
Suasana menjadi sunyi sebaik sahaja arahan terakhir selesai diberikan. Hanya tinggal masa untuk menunggu musuh sampai ke medan perang.
Seminit, dua minit, perlahan-lahan bunyi derapan ribuan tapak kaki kuda kedengaran semakin kuat. Turut sama menyertai, laungan semangat daripada tentera musuh yang menerpa ke arah mereka.
"Serang!" Satu laungan disahut dengan jeritan semangat tentera yang lain. Barisan hadapan tenteranya bergerak maju ke ke depan. Setiap pergerakan mengikut strategi yang telah diatur.
Meskipun baru, dia masih lagi ingat strategi peperangan yang diterangkan sepanjang tiga hari perjalanan mereka ke situ. Sekarang harapannya adalah untuk memenangi peperangan itu dan pulang semula ke istana bersama Luca.
"Kenapa tentera mereka nampak ramai sangat?" bisik tentera di sebelah Theo. Tentera itu kelihatan agak gementar walaupun tidak menggigil ketakutan. Theo tidak membalas. Matanya terus memerhatikan situasi di hadapan.
Jumlah tentera yang diberitahu oleh general jauh berbeza dengan apa yang dilihat. Jumlah tentera musuh tiga kali ganda daripada apa yang dimaklumkan.
'Meskipun ramai, general pasti sudah mengagaknya dan merancang strategi lain,' bisik Theo sendirian untuk menenangkan diri. Saat ini, keadaan sangat sengit dengan laungan semangat serta jeritan penuh kesakitan didengari sehingga ke lokasi mereka.
'Luca, tolonglah kekal selamat.'
***
"Louis, ada surat tanpa nama penghantarnya," ujar pembantu dihadapan biliknya bersama sepucuk surat. Louis lekas mengambil surat itu dan membaca isinya tanpa mengendahkan intaian jauh daripada pegawai yang bertugas untuk menjaganya.
'Louis Theodore,
Theo ada bersama Luca. Atas sebab-sebab tertentu, Luca tak dapat hantar Theo pulang semula ke istana. Tapi abang tak perlu risau. Luca akan lindungi Theo sehingga titisan darah terakhir. Tolong jangan maklumkan Raja Alanark fasal berita ini.
YOU ARE READING
UTOPIA
Cerita Pendek『 Short Stories Collection 』 Utopia. Satu lagenda yang sering diimpikan. Dikenali sebagai sebuah dunia ataupun kerajaan yang penuh dengan kebahagiaan, masing-masing berebut untuk ke situ. Meredah pukulan ombak kuat, terus berjalan tanpa mengenal ert...