24- Sabr.

22 2 0
                                    

🌱🌱🌱

"Hari yang teruk membuat kamu rasa seperti
Kamu mempunyai kehidupan yang teruk."

Tetapi,
Pernah tak terfikir,
Zaman Nabi kita pun dahulunya ada hari yang teruk,
Bahkan ujiannya lagi sukar untuknya tempuhi,
Namun dengan kesabarannya dan taatnya kepada Allah SWT.
Dia dapat mengharunginya.

Kerana ujian ini adalah petunjuk untuk kita kembali kepada Allah dan mengingatkan manusia agar bertaubat kepadanya.

Jadi Sahabatku,
Apakah ujian yang kamu lalui itu lebih sukar daripada Rasulullah?
Apakah ujian yang kamu lalui itu sangat sukar sehinggakan kamu berputus asa?

Ingatlah wahai Sahabatku,
Allah tak akan memberi  ujian yang berat sehingga melebihi kemampuanmu.
Semakin berat ujiannya semakin kuat imannya.
Semakin kuat agamanya, semakin hebat ujiannya.

Sabarlah,
Kerana Allah sangat cinta pada orang-orang yang sabar.

Written by Chicsyifa

🍂🍂🍂

THE HEALING QUOTESWhere stories live. Discover now