Pencinta Pelangi

36 9 0
                                    

Warnanya punya tujuh
Munculnya hanya selepas langit menangis
Membuat sang awan ceria kembali
Membuat seluruh isi bumi mengagumi

Di saat mereka memilih yang pertama
Aku memilih yang terakhir
Yang terakhir akan sentiasa menjadi yang pertama bagiku
Dan terakhir itu takkan ada selepasnya

Biarlah cintaku seumpama warna pelangi yang terakhir
Itu kerna kau yang pertama
Itu kerna kau juga yang terakhir

Kita kan tua nanti
Namun warnamu takkan memudar
Kau akan sentiasa berwarna cerah
Meski usia sudah angka tiga

~ calicotasyamochi

Puisi Lembah TerataiWhere stories live. Discover now