Pemerhati

12 3 0
                                    

Disana mulai cerita satu bahagian tentang aku
Disitu mulai cerita satu lagi bahagian tentang aku
Kenapa orang-orang ini bercerita
Seolah-olah tahu apa yang aku lalui

Dengan mengatakan aku sangat buruk
Aku sangat narsistik
Aku sangat tidak ada hati
Apa benar semua itu
Lalu orang-orang bodoh mempercayai itu

Lihat dahulu kisah silam aku
Semuanya tak pernah tidak ada sedih
Yang kau tahu cuma kejahatan yang ku lakukan
Bahkan kau seakan-akan tahu siapa yang aku berurusan
Berhenti bersikap gelojoh
Aku sudah bilang
Tak mahu lagi menjadi sarkastik
Namun kau memaksa

Sedarlah
Bangun
Kau tak perlu mengikuti apa yang aku lakukan
Kau ada telinga
Namun cuma mendengar satu belah
Kau ada mata
Namun cuma melihat yang jahat

Menurut mu
Kau mahu melihat orang sengsara
Berbanding kau yang menderita
Aku tetap terus berjalan
Apa-apa yang seumpama kau
Aku tak endah

Lihat
Mengapa kau masih melihat aku disini
Tampaknya ada yang belum beres
Kesini kita bicarakan

~calicotasyamochi

Puisi Lembah TerataiWhere stories live. Discover now