³

21 2 0
                                    

"Dua bilik, pastikan dua-dua bilik itu dekat." Pesan Johan kepada pengurus motel tersebut, Encik Rohan.

"Bhai, ini motel, bukan kedai makan suka hati mahu order bilik mana dengan bilik mana mahu dekat-dekat. Ada bilik duduk situ." balas Rohan dengan tona yang agak kasar.

"Setakat lampu neon yang terangkan satu pekan ni, lampu kedai tom yam lagi lawa." balas Johan yang sudah kelihatan penat.

Luqman datang mencelah "Maaf bang, bilik saya dengan dia dah reserve."

"Aiyo, cakap dari tadi kan senang, ini muka pun banyak masam mahu minta macam-macam."

Rohan pun mencatat sesuatu dalam rekodnya dan memberikan mereka kunci bilik motel mereka. Johan ambil kunci tersebut dan terus ke arah biliknya. Biliknya berada di tingkat satu.

Johan merasakan seseorang di belakangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Johan merasakan seseorang di belakangnya. Dia menoleh dan nampak Luqman mengikutnya dari belakang. "Kau kalau bangun awal ketuk pintu bilik aku." pesan Johan. Luqman memberi reaksi yang pelik.
"Kita duduk sebiliklah." balas Luqman dengan reaksinya yang mahu tak mahu sebilik dengan Johan.
"Kelakar ke? " jawab Johan.
"Betul bang. Chief suruh. Kot-kot ada apa-apa jadi, kita duduk sama-sama." balas Luqman. "Saya kalau boleh nak privasi juga bang."

Johan tidak berkata apa-apa, dia hanya memberi reaksi yang menyatakan dia tidak setuju langsung. Keluhan Johan beri amat kuat dan membuka pintu bilik mereka. "Boleh tahan." Kata Johan setelah dia yang masuk dahulu ke dalam bilik motel itu.

Johan meletakkan begnya dan duduk di atas sofa, kakinya terus diletakkan ke atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Johan meletakkan begnya dan duduk di atas sofa, kakinya terus diletakkan ke atas meja. Johan sandar dan regangkan otot tangannya.
"Kau tidurlah atas katil tu, aku boleh tidur atas sofa ni." Johan terus tutup rupanya dengan jaket dan terus tidur. Dia telah lupa bahawa di dalam pekan ini, ada seorang pembunuh bersiri. Luqman hanya tersengih dan masuk ke dalam tandas. Dia nak menunggu waktu fajar untuk solat Subuh.

Johan tersedar. Badannya diregangkan sehingga kedengaran bunyi tulang belulangnya. Dia terlihat Luqman sedang tidur. "Bukan tak boleh tidur lepas Subuh ke?" kata Johan melihat badan Luqman yang kepenatan.
"Tak adalah sedosa tak solat langsung." Luqman pun terbangun akibat terkejut.
"Kau cakap apa tadi? Hormat sikit, kalau bukan sebab aku, kau chief tak hantar kau tau." kata Johan, terkejut kerana tiba-tiba Luqman bangun. "Cepat siap. Aku nak sarapan, lepas tu aku nak pergi jumpa suspek-suspek, nak soal-siasat."

Mereka memakai kot dan jaket masing-masing, Luqman memeriksa barangan yang perlu dibawa keluar.
"Tu bukan jaket aku ke?"

"B-Bukan, abang punya warna coklat kan?"

"Ye, masa aku masuk motel aku tukar jaket, sebab jaket aku basah."

"Mana ada, eh, ye ke?"

"Bak, jaket aku."

Luqman pun beri sahaja jaket tersebut. Rupanya masih berkerut dan cari jaketnya.

"Eh, ni lah jaket aku!"

Johan mengambil jaket yang dijumpainya.

"Sorry Luqman, warna sama. Tengok!"

Luqman hanya menggelengkan kepala, dan mengambil jaketnya kembali.

"Janganlah marah, nanti aku belanja kau makan."

"Betul?"

"Ya, kau nampak macam aku nak tipu kau ke?"

Luqman pun hanya tersengih.
Mereka pun berangkat.
Johan memandu ke sebuah restoran berdekatan, Johan masih berdedikasi dengan kes itu sehingga dia membawa sekali fail kes tersebut.
Mereka belum sempat melabuhkan punggung mereka, datang seorang pelayan yang tidak lebih dari 40an menyambut mereka dengan senyuman, "Makan? Minum?"

"Saya nak neslo suam satu, roti telur bawang, bawang lebih." pesan Johan. "Milo panas je." Nasi lemak yang diatas meja itu dibuka Luqman.

"Nasi tu tak sejuk ke?" tanya Johan kepada Luqman.
"Tak adalah sejuk, suam je." jawab Luqman.
Sambal nasi lemak itu kelihatan gelap,
"Confirm pedas-pedas pahit."
 
"Tak baik bang, makanan abang cakap macam tu."

"Bukan aku cakap tak sedap, nanti kau sakit perut. Pedas dia pekat, ratio cili kering dengan air dia tak kena. Lainlah kalau kau boleh tahan pedas macam tu."

  "Bukan main eh abang punya komen nasi lemak ni. Jangan risaulah, tak ada masalah punya bang." 

"Ikut kaulah." Perhatian Johan dialih melihat roti telurnya dan neslo suamnya.
Sudu dan garfu berkilat di tangan Johan. "Bismillah."
Tusukan pertama garfunya ke dalam roti telurnya, lalu diteruskan dengan potongan dari sudu. Dibiarkan sebentar sementara asap dari dalam rotinya reda dari terpusu-pusu keluar.

"Kak!" Kemudian datangnya pelayan tadi. "Ye? Rotinya okay?"
"Okay je kak."

"Nak tambah apa-apa lagi?"

"Nak tanya pasal pembunuhan semalam?"

"Uish dik, Akak tak selesalah cakap pasal benda ni.."

Johan menunjukkan sekeping kad polis, sambil tersenyum sinis. Selera Luqman terjeda.

Secara halusnya, pelayan tersebut terlibat dalam urusan soal siasat polis.
"Saya pun tak pasti sangat, tuan. Beberapa bulan lepas, kami dengar ada orang hilang. Lepas tu, semalam pula Jusuh kena bunuh."

"Tapi kami dapat tahu kes hilang tu sebenarnya, kes lari rumah. Kami dapat surat tentang mereka bekerja di sebuah syarikat korporat dekat Kuala Lumpur."

"Baguslah, tapi lepas kes Jusuh ni, ramai dah tak keluar rumah. Ada yang pindah. Tak lama kedai ni mesti bungkus. Tolonglah, ubah keadaan dekat sini. Kami semua betul-betul harapkan pihak polis." matanya pelayan tersebut kelihatan melimpah-limpah harapan terhadap Johan dan Luqman.

"Kami cuba sedaya upaya, dengan bantuan penduduk tempatan, dengan izin Allah pasti akan berjaya."

"Sebagai orang lama dekat sini, mangsa ni orang yang macam mana?"

"Arwah dulu, ramai saja yang tak puas hati dengan dia. Tapi, sampai nak bunuh tu, melampau juga. Isterinya, Milah, walaupun mulut dia macam parit, tapi banyak tolong orang-orang sini." sambil tangannya mencarik-carik benang kain lap.

"Tuan berdua makanlah, sarapan ni kami belanja, saya ada kerja lagi."

"Terima kasih atas kerjasama puan dan sarapan ni juga. Kami betul-betul hargai komitmen puan."

Pelayan tadi pun sambung menyusun kerusi dan meja disitu.

"Tahu tak semua ni haram tahu!" Luqman menyebabkan Johan berhenti makan.
"Asal?!"

"Soal siasat sesuka hati dekat tempat awam, lepas tu pakai badge saya pula tu. Mana abang dapat badge tu pun tak tahu."

"Kau ni, cuba relaks. Bukan akak tadi tahu prosedur polis pun."

"Abang tak jawab pun soalan saya- KEJAP! Kes Jaket tadi! Saya dah periksa semua barang lepas tu saya letak dalam jaket. Abang pun tiba-tiba herdik saya macam tu."

"Kau kena jaga barang kau, Luqman. Ini baru aku, belum-

Beep Beep Beep

Pager Johan berbunyi. Dia cepat siapkan jamuan paginya.
"Okay, Jom."

"Sekarang pergi mana?"

"Jumpa Suspek."




"Path"

Pekan SenjaWhere stories live. Discover now