BEDAH BUKU 1 (Part B)

13 1 0
                                    

Penulis buku ini telah merungkap pelbagai rahsia yang terselindung daripada haiwan jika dilihat kepentingannya dari kaca mata hikmah ia diciptakan. Manusia perlu mengambil ibrah serta pengajaran daripada haiwan yang diciptakan oleh Allah Taala. Mereka tidak diciptakan dengan sia-sia sahaja.

1. Kekuasaan-Nya:

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya)...." (Al-Mukminun: 21)

Kewujudan haiwan di muka bumi ini adalah tanda yang paling jelas bahawa Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Daripada sekecil-kecil haiwan hinggalah sebesar-besar haiwan, semuanya Allah yang ciptakan. Justeru itu, manusia diberi akal untuk berfikir dengan mengagumi ciptaan tuhannya dan setiap haiwan yang diciptakan oleh Allah adalah berguna untuk manusia seiring dengan firman-Nya dalam Surah An-Nahl, ayat 79:

"Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman." (An-Nahl:79)

Maka dengan ini jelaslah, kewujudan haiwan yang diciptakan adalah tanda kekuasaan Allah Taala yang mengingatkan manusia bahawa Allah adalah tuhan yang ciptakan semua makhluk yang ada di muka bumi ini serta Dialah tuhan sekalian alam. Akal dikurniakan untuk memikirkan tentang kekuasaan Sang Pencipta maka bertambahlah rasa kehambaan dalam diri. Menjadi insan yang sentiasa mengagumi serta memuji tuhannya yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Meningkatkan iman di dada serta rasa takut dan gerun pada Dia dan merasai dirinya sentiasa bertuhan.

Bedah BukuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang