4. Kasih Sayang:
Selain berkasih sayang sesama manusia, seseorang itu juga perlu menyayangi makhluk-makhluk yang lain terutamanya haiwan peliharaan. Penulis buku ini telah membuka satu kisah ancaman yang terdapat di dalam hadis nabi berkenaan penyeksaan seekor kucing akan diberi balasan neraka.
"Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan rumput, sehingga menyebabkan ia mati." (HR Muslim Sahih Muslim:2619)
Ada banyak ibrah dalam penciptaan haiwan yang perlu kita perincikan untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa. Sesungguhnya haiwan yang diciptakan oleh Allah bukanlah dicipta tanpa fungsi atau tiada manfaat malah sangat berguna dan saling mempunyai kaitan yang melengkapi dalam kehidupan bersama dengan manusia dan lain-lain.
Akhir kalam, sentiasalah menjadi umat yang berzikir dan fikir. Melihat alam lalu bertafakkur akan segala ciptaan-Nya. Setelah membaca buku ini, semut yang kecil kini sudah dipandang sapa. Betapa cukup terkesan penulis buku ini menyampaikan penulisannya untuk memberi kesan yang mendalam tentang ibrah penciptaan haiwan kepada para pembaca. Banyak lagi ibrah dan pengajaran yang terdapat di dalam buku tersebut. Ulasan ini hanya sedikit sahaja berbanding isi yang disampaikan oleh penulis yang sebenar. Jika berminat membacanya carilah di kedai buku. Tidak rugi membeli buku!
Tamat_

ANDA SEDANG MEMBACA
Bedah Buku
No FicciónKoleksi bedah dan mengulas buku-buku yang telah dibaca. Semoga bermanfaat buat semua.