BEDAH BUKU 1 (Part C)

6 1 0
                                    

2. Zikir dan fikir:

Dalam buku tersebut, ia membawa kesedaran kepada pembaca bahawa umat manusia juga perlu mengambil iktibar daripada haiwan supaya sentiasa mengingati Allah Taala, merujuk kepada satu dalil Al-Quran iaitu dalam Surah Al-Isra' ayat 44:

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." (Al-Isra:44)

Sedar atau tidak, semua yang ada di muka bumi ini termasuk haiwan sentiasa bertasbih kepada Allah Taala. Mereka bertasbih yang tidak kita fahami. Walau bagaimanapun, penjelasan dalil ini amat jelas bahawa semua haiwan sentiasa bertasbih kepada Allah Taala sedangkan kita manusia sebaik-baik ciptaan masih lalai dan leka dengan godaan palsu keduniaan. Pentingnya peningkatan rohani dalam memuji dan bertasbih kepada Allah. Selain itu, ia dapat sucikan hati dari segala titik-titik hitam yang telah terkumpul oleh maksiat. Haiwan yang sentiasa bertasbih kepada Allah membuka ruang kesedaran kepada umat manusia untuk mengambil iktibar daripada mereka supaya sentiasa mengingati Allah setiap waktu dan di mana-mana sahaja.

Bedah BukuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang