BEDAH BUKU 1 (Part D)

7 1 0
                                    

3. Prihatin:

Haiwan juga mengajar erti berkasih sayang. Ibrah kisah semut di dalam Al-Quran menjadi contoh tauladan buat Nabi Sulaiman a.s malah kita sebagai manusia juga perlu mempelajari pengajaran ayat tersebut.

Selain itu, penulis buku ini juga menyelitkan beberapa fakta saintifik selain daripada pengajaran agama. Mengikut fakta, semut dikenali dengan saiz badan yang kecil tetapi ia juga termasuk dalam kategori haiwan yang terkuat di dunia. Fakta mengatakan, semut jantan boleh membawa 50 kali beban yang seberat daripada bandannya sendiri. Semut mempunyai otak yang besar jika dibandingkan dengan tubuh badannya yang lain. Walau bagaimanapun, semut adalah haiwan yang tidak berakal tetapi mempunyai naluri yang hebat jika dibandingkan dengan manusia yang sebaik-baik diciptakan.

Di dalam Al Quran ada sebuah kisah semut dan Nabi Sulaiman a.s. Antara mukjizat Nabi Sulaiman a.s adalah dapat berkomunikasi dengan haiwan. Kisah ini telah dirakam dalam Surah An-Naml ayat 18 dan 19.

Dalam kisah tersebut, Nabi Sulaiman a.s. bersama tenteranya melintasi sebuah lembah semut. Baginda terdengar ratu semut memberi peringatan kepada koloninya,

"(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari" (An Naml: 18)

Nabi Sulaiman a.s hanya tersenyum apabila mendengar peringatan ratu semut tersebut. Baginda mengagumi naluri ratu semut yang sangat prihatin dengan koloninya. Ini kerana sikap ratu semut itu menyedarkan Nabi Sulaiman a.s bahawa haiwan adalah makhluk Allah yang tidak dikurniakan akal tapi hanya dikurniakan naluri tapi mampu menjadi prihatin kepada koloni-koloninya. Sepatutnya kita adalah manusia yang berakal yang perlu lebih prihatin, penyayang, cinta sesama manusia melebihi haiwan.

Belajar erti bersyukur diberi akal, perasaan hati, dan jiwa untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan taat serta mensyukuri segala nikmat yang diberi-Nya. Orang yang mensyukuri segala nikmat yang diberi tidak akan memandang pada kekurangan yang ada tetapi memandang kepada kecukupan yang dikurniakan oleh Ilahi. Mereka adalah berjiwa positif yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah serta hubungan sesama manusia untuk menjalani hidup yang sejahtera dan diberkati.

"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An Naml:19)

Bedah BukuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang