HP 2 | Seketika Cuma

71 14 0
                                    

Tika ini kuperhatikan
jiwa-jiwa yang bertuhankan harta duniawi
jiwa-jiwa yang bertuhankan nafsu serakah
jiwa-jiwa yang bertuhankan kesenangan semata.

Lama kuperhatikan
lantas tangkai hatiku mula diketuk rasa penasaran
andai harta tinggi menggunung,
akankah berguna di masa akhirat nanti?
Benar, aku akui
bahawa harta itu mencipta beribu kesenangan
dan memang benar
Harta itu diidamkan oleh semua orang.

Namun tatkala detik terakhir nafas menjengah,
harta yang dulunya ada
takkan mungkin tersadai begitu sahaja
inilah hakikatnya,
si pengumpul mati
si pewaris untung.

Ini pesanku
jangan terlalu sibuk membanggakan hartamu di sini
semua itu sia-sia belaka
semua itu seketika cuma
kelak nanti bila kau bertemu Tuhanmu yang sejati
harta itu takkan mampu menanggung
segala dosa silam
segala khilaf
dan segala noda hitam
yang pernah kau catatkan.

Ingatlah sahabat
jangan matamu dikelabui dengan keagungan harta
bukalah mata hatimu
itu pintu pengetahuan
agar kau tahu bahawa
semua ini benar-benar seketika cuma.

જ• 𝙔𝙣𝙖

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Harta takkan boleh dibawa setelah mati."

Puisi-puisi yang Yna tulis simple aje... So, Yna harap sesiapa yang baca boleh mencerna apa yang Yna cuba sampaikan. 😄

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐲 𝐏𝐨𝐞𝐦𝐬Where stories live. Discover now