Terasing di dalam dunia kelamnya
Tercipta sudah jiwa asing yang cuba menumpaskannya
Terpenjara dia di dalam bayangan malam
Terbiar oleh mereka yang harusnya lebih peduli.Dia seumpama dahan tua yang rapuh
Kerapkali dia cuba menggagahkan diri
Namun apakan dayanya
Dia terlalu rapuh
Tak mampu lagi untuk bertahan
Puas dia cuba
Puas dia acuhkan
Puas dia berpura
Tetapi kekuatan tunjangnya tidak lagi mampu bertahan.Saat dia memilih untuk melepaskan pegangan tangannya,
kau malah menghakimi perbuatannya.
Sedarkah kau bahawa kau yang seharusnya menguatkannya?
Sedarkah kau khilafmu yang membuatnya berputus harap?
Sedarkah kau bahawa kau yang mengabaikan permohonannya untuk sebuah bantuan?
Dan sedarkah kau, semua ini kitaran yang semakin sering berulang?Sedarlah kau akan semua ini
Di mana titik noktah penderitaannya jika kau masih tidak henti dengan penghakimanmu?
Dan saat dunia masih menghakiminya
Biarlah dirimu kini yang menjadi tongkat kekuatan tunjangnya
Kerana yang dia perlukan hanyalah secebis kekuatan demi terus bertahan.જ• 𝙔𝙣𝙖
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Let's be more caring...
Kes depression dah makin
meningkat sekarang ni. Sentiasa
jaga tutur kata dan tingkah laku
kita.Kegembiraan yang kita nampak / dengar tak semestinya kebenaran... Kita kena lebih prihatin dan cuba bantu mereka. Bagi mereka moral supports dan tunjukkan kepada mereka yang mereka tu berguna... Don't let them think that they're nothing.
Kita semua ada tugas masing-masing untuk elakkan kes kemurungan ni jadi lebih serius... Jangan hakimi mereka secara melulu, sebaliknya cuba fahami. 👌🙂
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐲 𝐏𝐨𝐞𝐦𝐬
Poetry𝑀𝑒𝑠𝑘𝑖 𝑡𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎 𝑖𝑛𝑑𝑎𝒉, 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝 𝑖𝑛𝑔𝑖𝑛 𝑑𝑎𝑘𝑢 𝑡𝑢𝑛𝑗𝑢𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑏𝑎𝑐𝑎𝑎𝑛𝑚𝑢. ⌘ᕁᕁ 𝐀𝐄𝐒𝐓𝐇𝐄𝐋𝐋𝐈𝐕𝐄𝐘©𝟐𝟎𝟐𝟎 ᕁᕁ⌘