Membicarakan sesuatu itu mudah
Mempercayai sesuatu itu yang sukar
Kerana apa yang dikatakan tidak semestinya sama dengan kenyataan sebenar
Dan kerana apa yang dinyatakan bukannya hal yang dapat dibuktikan.Apa yang aku hairankan
Tetap jua ada yang mahu percaya bicara tak berbukti
Bagaimana mungkin kau sanggup percaya dengan setiap kata yang mereka rangkaikan?
Benarkah segala yang mereka ucapkan?
Yakinkah kau itu bukannya omongan kosong?Andai kau berani berdebat denganku tentang kebenaran bicara mereka
Biar kutanya satu hal padamu
Adakah kau melihat bukti di sebalik kata-kata mereka?
Bukan melihatnya menggunakan telingamu
Apa yang kumaksud adalah melihatnya dengan mata kepalamu sendiri
Dan andai kau tak mampu mengatakan ya, apa motifmu mempercayai bicara mereka?Sedarlah wahai teman
Apa yang dikatakan mungkin sekadar kepalsuan
Jangan kau butakan matamu dengan memikirkan telingamu mampu melihat
Telinga sekadar punya tugas untuk mendengar
Kebenaran yang nyata hanya mata mampu menjadi saksi.જ• 𝙔𝙣𝙖
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Buka matamu dan saksikan
kebenarannya. Jangan dengarkan
kebenaran yang mereka nyatakan. Belum tentu lagi itu hal yang sebenar... Jangan mahu menjadi orang yang terlalu percaya dengan kata-kata orang lain. Takut nanti, memakan diri sendiri pada akhirnya...❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐲 𝐏𝐨𝐞𝐦𝐬
Poesía𝑀𝑒𝑠𝑘𝑖 𝑡𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎 𝑖𝑛𝑑𝑎𝒉, 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝 𝑖𝑛𝑔𝑖𝑛 𝑑𝑎𝑘𝑢 𝑡𝑢𝑛𝑗𝑢𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑏𝑎𝑐𝑎𝑎𝑛𝑚𝑢. ⌘ᕁᕁ 𝐀𝐄𝐒𝐓𝐇𝐄𝐋𝐋𝐈𝐕𝐄𝐘©𝟐𝟎𝟐𝟎 ᕁᕁ⌘