Kulihat dia duduk sendiri di sana
buku-buku menghiasi mejanya
pensel dan kertas menjadi tempat khas
di mana sepasang tangannya sibuk mencoret isi mindanya.Sesekali dia mencari ketenangan
di sebalik alam yang menghijau
detik berikutnya dia kembali ke alam ilmunya
keluhan kecil kulepaskan dalam sayup
aku terpenjara di dalam penasaran
tidakkah lelah dirinya berdampingan dengan buku?
Tidakkah dia ingin mencoretkan hari dengan keseronokan remaja kini?Ingin rasanya aku bertanya
namun mahukah dia menjawab persoalanku?
Aku ini hanyalah sebatas insan yang masih kurang ilmunya
tapi aku juga manusia yang inginkan pengertian mendalam.Lantas keberanian yang ada kubawa
kumulai bicara dengan sapaan beradab
tidak kusangka dia melayanku sebegitu baiknya
persoalan yang terperangkap di dalam jiwa pun kuungkapkan
bingung melanda kotak fikiranku
saat senyuman terlukis indah pada wajahnya.Katanya, "Ini semua demi impian."
Aku terkedu mendengar setiap bait bicaranya
entah bagaimana hati yang tak pernah memikirkan ilmu mula dahaga
dahaga akan kejayaan
dahaga akan ilmu
dahaga akan mimpi indahku yang mampu kutukar menjadi realiti.Kala itu baru kusedari
impianku memerlukan satu hal
satu hal yang tak pernah kumiliki sebelumnya
ia dipanggil usaha
aku menyemat azam di dalam jiwa ini
aku perlu punyai usaha sepertinya
dan jika kau penasaran apa alasanku
ketahuilah bahawa, "Ini semua demi impian."જ• 𝙔𝙣𝙖
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Dalam proses menghasilkan puisi ni, Yna berhadapan sedikit kesukaran. Yna tak pasti kenapa, tapi agak susah untuk Yna pilih perkataan yang sesuai dalam puisi ni. 😌😌
Harap-harap sesiapa yang baca puisi ni boleh faham apa yang Yna cuba sampaikan... 😊
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐲 𝐏𝐨𝐞𝐦𝐬
Poetry𝑀𝑒𝑠𝑘𝑖 𝑡𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑝𝑎 𝑖𝑛𝑑𝑎𝒉, 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝 𝑖𝑛𝑔𝑖𝑛 𝑑𝑎𝑘𝑢 𝑡𝑢𝑛𝑗𝑢𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑏𝑎𝑐𝑎𝑎𝑛𝑚𝑢. ⌘ᕁᕁ 𝐀𝐄𝐒𝐓𝐇𝐄𝐋𝐋𝐈𝐕𝐄𝐘©𝟐𝟎𝟐𝟎 ᕁᕁ⌘