HP 1 | Sekuntum Mawar Buat Ibu

134 16 3
                                    

Sekuntum mawar
kuberikan kepadamu duhai ibu
mungkin bagiku itu sekadar cuma-cuma
namun tak tersangka sanubarimu tersentuh
tak terlihat olehku
air matamu yang jatuh membasahi bumi.

Kulihat sirna wajahmu
yang semakin lama semakin dimamah usia
perlahan-lahan aku jatuh terlurut
menyedari betapa alpa diri ini
yang telah lama meninggalkanmu.

Ibu,
ampunilah anakmu ini
baru kini realiti menamparku
menyedarkan aku akan engkau
yang menantikan kepulanganku selama ini
dan kini
hanya sekuntum mawar itu
yang kuberikan buatmu ibu
sebagai tanda betapa aku khilaf padamu.

જ• 𝙔𝙣𝙖

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Sajak ni Yna tulis masa Form 2. At that time, tema sajak yang ditetapkan adalah bebas. (Kalau tak silaplah...😅😅)

Idea untuk sajak ni tercetus daripada sebuah cerpen yang Yna pernah baca dulu. Judulnya, "Banjir di Mata Emak".

Cerpen ni berkisarkan tentang seorang emak, iaitu Mak Piah yang diabaikan oleh anaknya. Kawasan tempat tinggal Mak Piah dilanda banjir. Selepas kejadian banjir tu, Mak Piah bersihkan rumah dia. Tapi malang tak berbau, Mak Piah terjatuh dan meninggal dunia di situ.

Selepas dia meninggal, barulah anak dia akhirnya pulang ke pangkuan dia. Anak Mak Piah rasa bersalah tapi dah tak ada apa-apa lagi yang dia mampu lakukan. Dia cuma dapat menangis aje...

Cerpen tu buatkan Yna nak tulis sajak berkaitan ibu, and that's how sajak yang biasa-biasa ni akhirnya tercipta. 😊

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐲 𝐏𝐨𝐞𝐦𝐬Where stories live. Discover now