BAB 1

1.6K 70 2
                                    

MULUT yang ternguap besar, ditutup malas dengan belakang tapak tangan. Sesekali disekalikan keluhan tanda dia sedang menyampaikan makna tersirat pada teman di hadapan.

"Lama lagi ke Manda?" Hizran menyoal bila sedar kawan di hadapannya tak akan faham dengan keadaan dia yang sikit lagi nak terlentok atas meja.

Amanda gerakkan jari telunjuknya dan kemudian dibawa ke bibir.

"Shushhh, aku tengah fokus ni."

Hizran putarkan biji mata yang jelas makin layu. Tak larat dah nak jadi peneman Amanda yang hanya memberi tumpuan pada skrin telefonnya itu. Dia yang duduk di depan ni, langsung tak dilayan dari tadi. Fokus sangat dengan video tutorial make-up yang ditonton di YouTube. Dah lah tu, guna telefon dia pula. Tak pasal-pasal dia yang mati kutu tak ada benda nak dibuat.

"Dah nak pukul satu pagi ni, Manda. Mak kau tak marah ke kau tak balik lagi?" Hizran cuba memancing tumpuan Amanda.

Sumpah, dia rasa macam nak tidur sekarang ni juga. Tapi kalau dia tertidur, mahunya dia bangun subuh esok masih di sini. Silap-silap dengan Amanda sekali terlelap di gerai burger atas bumbung ni juga.

Ah... dia malas nak cari pasal.

"Mak aku tahu aku keluar dengan kau. Sebab tu dia tak akan marah." Penuh yakin balasan Amanda.

Hizran mencebik halus. Walaupun dia agak berbangga dengan kepercayaan yang dah Puan Zainab berikan padanya untuk memantau Amanda, tapi tak pernah sekalipun dia ambil mudah dengan kepercayaan itu.

"Mak kau tu terlalu percayakan aku."

"Kau kan kawan baik aku. Kita kenal dari lahir lagi."

"Aku tetap lelaki, Manda." Balas Hizran perlahan.

"Tapi aku tak anggap kau lelaki."

Hizran angkat kepala. Tepat dia pandang Amanda yang dah mendongak sama memandangnya.

Amanda terus tunjuk sengih. Siap diangkat dua jari tanda 'peace' lagi pada Hizran.

"Kau jangan risaulah, Hiz. Sekarang ni mak aku mesti ingat aku ada dekat rumah kau. Kan biasanya memang macam tu." Skrin telefon milik Hizran di tangannya, dipandang semula.

Hizran tarik nafas dalam-dalam dan kemudiannya dia mengeluh. Tak tahu dah nak nasihat apa pada kawan baiknya ini kalau Amanda sendiri tak mahu dengar nasihatnya.

"Cuba kau tengok ni. Ni namanya Foundation kan?" Alat make-up berbotol silinder kecil di tangannya, Amanda serahkan kepada Hizran.

Nak tak nak saja Hizran menyambut. Karang kalau dia buat bodoh, tak pasal-pasal saja Amanda lancar perang dingin dengan dia. Botol kaca di tangannya itu dibelek tanpa minat.

"Hmm. Yelah kut. Kau tanya aku benda-benda macam ni aku manalah nak tahu sangat. Kalau kau tanya aku saiz skru ke, jenis spanar ke, bolehlah aku jawab."

Amanda sumbingkan bibir. Dah agak Hizran memang tak boleh diharap kalau bab-bab macam ni. Dirampas semula botol di tangan Hizran.

"Hiz, esok kau teman aku nak tak?"

Hizran tongkat kepalanya dengan lengan. Menahan kepala daripada terus terlentok atas meja.
.

"Malas lah. Nak buat apa aku ikut kau keluar dating dengan pakwe kau tu?"
.

Bibir Amanda memuncung. Ingatkan Hizran akan bersetuju dengan rancangan dia. Kalau Hizran sudi teman dia jumpa Naufal esok, tak adalah dia gemuruh sangat.

"Alaaa, jomlah Hiz. Nanti aku suruh Naufal bawa kawan perempuan dia. Kau boleh berkenalan sekali. Kau kan tak ada girlfriend." Cadangan cuba diberi walaupun tahu tak akan dipedulikan oleh Hizran.

Hizran menggeleng saja. Jam tangan dijeling. Memandangkan hati makin rasa tak tenang membiarkan Amanda tak pulang ke rumah pada jam-jam begini, telefonnya yang masih berada di tangan gadis itu diambil tanpa peduli dengan muka Amanda yang jelas menunjukkan rasa tak puas hati.

"Jom aku hantar kau balik. Sebelum mak kau kejar aku dengan parang keliling kampung, lebih baik kau balik sekarang." Hizran bangun. Mata mengisyaratkan Amanda untuk ikut sama bangun.

Tetapi gadis itu hanya beku. Sikit pun tak bergerak.

"Amanda..."

"Aku balik kalau kau janji nak teman aku jumpa Naufal esok."

Hizran mengeluh bosan. Kasar dilurut rambutnya ke belakang. Kerusi yang baru saja ditinggalkan, diduduki semula.

"Kau sedar tak setiap kali kau keluar dengan Naufal, kau heret aku sama? Kau tak takut ke boyfriend kau tu salah sangka dekat kita?"

Amanda menggeleng.

"Aku dah terangkan dekat dia pasal kita. Lagi pun aku tak berani nak dating berdua aje dengan dia. Dia tu lelaki. Kalau dia buat bukan-bukan dekat aku, macam mana?"

Hizran pejam seketika matanya sebelum dicelikkan semula memandang tepat ke muka Amanda.

"Nur Amanda, aku ni lelaki juga." Bara saja hati Hizran. Sudah dibilang banyak kali tentang kenyataan yang satu itu. Antara dia dan Naufal, tak ada beza. Mereka berdua sama-sama lelaki.

"Ahmad Hizran, kan aku dah kata yang aku tak pandang kau sebagai lelaki. Lagi pun kalau kau ada niat nak buat jahat dekat aku, dari dulu lagi kau dah buat."

Hizran ketap gigi. Berlawan cakap dengan Amanda, ada saja jawapan yang keluar dari mulut gadis itu. Kesudahannya, dia juga yang terpaksa menelan semuanya.

"Esok aku teman kau. Last. Lepas ni kau pandai-pandailah kalau nak keluar dengan dia." Hizran bangun semula. Kunci kereta di atas meja, dicapai. Not sepuluh ringgit dikeluarkan dari dompet dan diletakkan di atas meja sebagai bayaran burger yang dimakan oleh Amanda tadi.

Amanda tersenyum suka. Dengan Hizran, memang jarang-jarang permintaannya dikecewakan oleh lelaki itu.

"Thank you, Hiz. Kaulah sahabat aku dunia akhirat."

Hizran jongket hujung bibir.

"Agaknya bila kau kahwin nanti, kau tarik aku sekali bersanding dengan kau orang laki bini atas pelamin."

Amanda ketawa. Matanya bulat bersinar.

"Nice juga idea kau tu. Nanti aku kahwin, kau duduk sebelah aku tau? Tak pun, kita pilih tarikh kahwin sama-sama. Nak?"

Hizran putar biji mata. Idea gila!


BERSAMBUNG 🌼

KITAWhere stories live. Discover now