Kolej Prasarjana Sri Medini, Negeri X,2014.
Sudah sebulan lamanya Zique di sini. Dibesarkan di Bunutso, anak sulung dalam 5 beradik, dia terasa bertuah dapat ke sini kerana Keputusan Spm.
Zique suka semuanya tentang kolej ini. Mungkin kerana di sini, hampir semua budak lelaki kelasnya adalah kawan baiknya, jadi tak perlu berhadapan dengan drama bodoh. Bercakap tentang kolej ini, Hampir semuanya sempurna. Di hadapan blokku adalah blok dewan kuliah, bersebelahan dengan musolla yang gah dan kerap dikunjungi orang kampung dari luar untuk Solat Jumaat. Di sebelah musolla pula adalah ruang belajar berkipas, Koop yang jual stationery dan Student Mart yang menjual beraneka keropok dan Coklat seperti Toblerone dan Hershey. Susah ye nak jumpa Hershey kat tempatnya membesar. Tak dilupa juga ruang letak kereta yg besar, selalu dijadikan bazar Ramadhan dan juga kafe yang terletak di antara 2 blok.
Namun kisah ini bermula, bila ada sorang mamat yang ramai orang tak puas hati muncul. Sebenarnya silap dia tak lah besar mana. Kalau di universiti, mungkin akan di bahan dan dianjing2kan je. Tapi waktu tu, mereka terlalu muda. Dan tak pernah mereka terfikir apa yang dilakukan ke atas Basir adalah sebuah Pandora Box.
The name is Basir. Basir ni masalahnya suka palatau untuk masuk topik dgn orang lain. Bila orang berbual pasal result Spm, digebangnya konon dia dulu 8A tapi saja taknak masuk Asasi. Bila org berbual pasal motor, digebangnya konon dia dah ada lesen kereta. Dan orang macam dia pandai main kata. Kau berhujah mcmna pun nanti akan nampak macam dia menang.
Nak dijadikan cerita, Zique dan seorang lagi kawannya, Shadan dah mula ketagih rokok. Sebagai pelajar kolej yang dilayan mcm budak asrama, dah tentulah susah dapat bekalan. Apatah lagi Pengarah Kolej sangat bencikan student yg merokok. Jadi biasanya budak2 Bunutso termasuk Zique akan mengerumuni satu cleaner Bangla/India dan suruh dia supply rokok secara haram. Sebab cleaner tu takut2 dengan mereka, dia pun bersetuju supply, asalkan ada duit. Lagipun apa de hal. Dia tu staff, takkan pihak kolej nak sekat staff merokok kan?
Bekalan rokok sudah tersedia. Kini hanya tinggal keadaan blok yang didiami yg tak berapa nak gemar. Blok A ni sangatlah nampak 90an,dengan kesan air hitam turun mencacatkan dinding yg berwarna biru pucat. Ditambah lagi dengan paku pakis yang tumbuh di kawasan air bocor mengalir. Belum lagi isu lampu di koridor tak seberapa ada melainkan di lobi bawah serta masalah letrik mudah terputus kalau ada student terpasang iron atau heater.
.
Warden blok A memang makan gaji buta. Yang mereka tau hanya ugut nak tutup terus letrik kalau terputus lagi. Beza sungguh dengan blok B, yang baru dicat berwarna kuning, lampu menerangi setiap tangga. Cemburu sungguh rasanya melihat kawan2 yang duduk di blok sebelah dikendali warden digelar Abahsu. Tapi siapakah Abahsu? Jeng Jeng Jeng.Bersambung...
Siapakah Abahsu? Dan siapa pula Basir? Kenapa Basir dikatakan akan menjadi Pandora Box di Kolej Sri Medini? Ketahui pada episode seterusnya. Jangan lupa follow.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kisah Gelap Kolej (ADAPTASI KISAH BENAR)
Fiksi UmumIni adalah salah satu kisah benar yang aku dengar di kolej aku ketika mana aku masih 18 tahun. Sesetengah nama diubah untuk jaga aib. Skandal seks yang pernah mengejutkan dunia institusi kolej di mata Malaysia.