suka ? cinta ?

18 2 0
                                    

apa beza cinta dan suka ?

suka itu ialah ketika mana engkau berkeras untuk memilikinya walau kau tahu dia takkan bahagia dengan mu .

suka itu ialah ketika mana kau tetap menginginkan dia walau kau tahu takdir kalian berbeza .

suka itu ialah ketika engkau masih keliru tentang rasa hati mu yang sering juga diusik insan lain .

namun cinta itu pula , ketika mana engkau berdoa pada ilahi memohon kebahagian bagi nya walau kau tahu engkau bukan penyebab nya .

cinta itu ketika mana kau masih boleh tersenyum melihat dia bersama yang lain .

cinta itu juga mengajarkan mu untuk tetap memendam rasa tanpa perlu berkata , kerana kau tahu cinta tak seharusnya memiliki .

buat dia yang sedang ku cinta , moga akan ada satu waktu kamu juga akan merasai cinta . walau tidak sama aku , setidak nya dengan rasa cinta itu akan membawa kamu ke arah bahagia .

ya , walau bahagia mu tak bersama ku.

-27/10/2020-
-9.46 malam-

S I L I HWhere stories live. Discover now