PILIHAN

30 3 0
                                    

Buat pilihan itu memang mudah,
Tapi untuk memastikan pilihan kita itu membahagiakan semua pihak,
Sumpah tak mudah.

Terkadang kau buat itu dalam terpaksa,
Kau kata kau sanggup,
Walhal  ia hanya lah untuk memberi senyum semata,
Kepada yang meminta.

Kerana kau tahu,
Bila mana kau memilih mengikut hati kau sendiri,
Banyak hati lain yang akan kau lukai,

Jadi kau rela,
Melihat hati sendiri tersakiti,
Asalkan orang yang kau sayang,
Sentiasa meniti kebahagian,
Biarpun diatas kelukaan kau.

-6/09/2020-
-9.20 malam-

S I L I HWhere stories live. Discover now