12 | AL

192 36 12
                                    

          "SOALAN ekonomi. Senaraikan jenis  pengangguran." Selesai membaca soalan, Gopal memandang dua sahabatnya dengan harapan mereka berdua boleh memberikannya jawapan.

   Afiq mengerutkan dahi, hairan dengan sikap Gopal. Terganggu dia ingin membuat kerja sekolah Matematiknya. "Kau dah kenapa pandang kita orang macam tu?"

   Gopal tersengih - sengih seperti kerang busuk. "Hehehe, boleh tak senaraikan jenis - jenis pengangguran? Aku tak bawa buku teks Ekonomilah."

   "Lah, kenapa tak bawa?" Rizal mula mengaktifkan sifat 'keibuan'nya. "Dah tahu kita nak datang study dekat rumah Afiq, lupa bawa buku teks."

   "Terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak datang, tidak bawa buku teks." Gopal mengutarakan pantun yang entah mana dia ambil.

   "Nah." Afiq mencampakkan buku teks Ekonominya ke riba Gopal.

   Gopal menghulurkan kembali buku itu pada Afiq. Afiq tercengang melihat buku teks Ekonomi itu sudah bertukar tangan. Dia bertanya, pelik. "Eh, kau dah kenapa? Tadi kata nak buku teks ekonomi."

   Tanpa rasa bersalah, Gopal mengeluh, pendek. "Malas nak buka."

   Rasa geram mula menyebulungi dirinya dan Rizal. Afiq sempat mengurut dada tatkala Gopal asyik menyeringai ke arahnya. Sabar, Afiq. Ini kawan senang susah kau juga.

   Afiq menerangkan jawapan pada soalan Gopal sambil menilik buku teks. "Jenis - jenis pengangguran ialah pengangguran geseran, pengangguran kitaran, pengangguran struktur..."

   Melihatkan Gopal terduduk macam orang bodoh, Afiq menegur. "Ha, salinlah cepat."

   "Ha, okay, okay." Gopal terus menyalin jawapan itu seraya mendengar keterangan Afiq.

   "Pengangguran teknologi, pengangguran bermusim dan akhir sekali pengangguran tidak sekata." Afiq terus menutup buku teksnya sebaik sahaja selesai membaca.

   "Okay, okay. Thanks," ucap Gopal. Apabila dia beralih ke soalan seterusnya, dia terus merampas buku teks ekonomi di riba Afiq. Afiq memandang toya sahabatnya. Haih, Gopal... Gopal.

   Tidak semena - mena, dia teringatkan peristiwa pagi tadi, peristiwa di mana Rizal difitnah atas kesalahan dirinya. Wajahnya beriak pucat serta - merta. Suara jiwanya mula berlegar dalam mindanya.

   "Ini semua salah kau."

   "Kalau kau tak bagi surat itu pada Natasha, pasti Rizal tak akan difitnah teruk sehingga begini."

   "Mungkin Rizal tengah berpura - pura baik dengan kau. Yalah, siapa nak kawan dengan budak lembik macam kau?"

   Suara Qayyum pula mencelah dalam jiwanya.

   "Siapa nak percayakan playboy macam kau?"

   "Afiq!" Afiq tersentak tatkala bahunya tiba - tiba ditepuk oleh Rizal. Dia terus mengelap setitik air mata yang mengalir. Nasib baik Rizal tidak menyedari air matanya itu.

   "Kau kenapa, Afiq? Tiba - tiba muka kau pucat." Gopal menyoal, risau.

   Afiq perlahan - lahan menoleh ke arah Rizal lalu menanyakan soalan yang menyendukan hati mereka berdua. "Rizal, kau benci aku ke lepas  Kuzaimie fitnah kau macam tu?"

   Rizal tergamam tanpa suara  mendengar soalan itu. Termasuk Gopal juga.

   Rizal memegang bahu Afiq, cuba memujuk. "Kenapa aku nak bencikan kau kalau Kuzaimie yang fitnah aku? Kau kawan baik kita orang. Kita orang lagi kenal kau dari mereka tu."

Anxiety LoveWhere stories live. Discover now