24 | AL

147 33 15
                                    

          "KERJA sekolah kau sudah siap ke?" soal Natasha. Dia dan Jianying sebenarnya daripada tandas, tetapi sengaja balik daripada tandas ikut jalan jauh. Ponteng sekejap kelaslah itu.

   Jianying hanya tersengih. "Belum."

   Natasha turut mengukir sengihan. "Fuuh, nasib baik. Ada geng juga aku rupanya."

   Riak wajah Jianying bertukar teruja sedikit. "Eh, kau tak siap lagi? Wah, aku ingatkan aku seorang sahaja belum siap!"

   Natasha memegang bahu rakannya. "Tak apa, wey. Kau ada geng. Matematik akhir sekali, bukan? Kalau sempat siap tu. Siaplah. Kalau tidak, berdiri sahaja dekat luar."

   Jianying mengujarkan kata. "Harap - harap cikgu tidak datanglah."

   "Aku pun harap macam tu." Ayat Natasha berhenti apabila matanya teralih ke sebelahnya, dewan. "Kenapa kat dalam sana, kecoh semacam?"

   "Oh." Jianying turut berpaling ke sebelah kirinya. "Kan ada pertandingan. Mestilah ada orang. Sekejap... itu Rizal dengan Gopal, kan?"

   "Dia orang ponteng kelas ke?" Natasha cuba mendekati mereka berdua di muka pintu dewan, langkah terhenti mendengar laungan azan daripada dalam dewan itu.

   "Allahu Akbar! Allahu Akbar! (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!)" Suara itu berhenti sejenak. "Allahu Akbar! Allahu Akbar! (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!)

   Sambil berjalan mendekati Rizal dan Gopal, Natasha menjawab azan tersebut di dalam hati. Dia mencuit Jianying yang seakan terpaku mendengar lauangan itu untuk mengikuti langkahnya.

   Gopal yang leka melihat Afiq, tidak perasan Natasha menghampiri mereka. Natasha menjenguk senyap - senyap ke dalam. Sekejap, itu Afiq, bukan?

   "Ashhadu anna Muhammad ar-Rasulullah! Ashadu anna Muhammad ar- Rasulullah! (Aku mengaku bahawasanya, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah! Aku mengaku bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah!)"

   Afiq memalingkan wajahnya ke kanan. "Hayya ala's-Solah! Hayya ala's Solah! (Marilah mendirikan solat! Marilah mendirikan solat!"

   Kepala Afiq digerakkan ke kiri. "Hayya ala'l- Falah! Hayya ala'l- Falah! (Marilah menuju kejayaan! Marilah menuju kejayaan!)"

   "Allahu Akbar! Allahu Akbar! Lailahaillallah... (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Tiada tuhan melainkan Allah..." Afiq menghela nafas, lega. Hilang segala ketakutannya tadi.

   Jianying menyapu air matanya. Entah mengapa jiwanya terasa sebak mendengar azan itu walaupun dia langsung tidak memahaminya. Nasiblah tiada sesiapa perasan dia menangis tadi.

   Gopal yang ingin menoleh ke arah Rizal, terperanjat melihat Natasha dan Jianying berdiri di sebelah mereka. "AH! Kau orang buat apa dekat sini!"

   Melihatkan Gopal yang terkejut, Rizal memalingkan wajahnya ke belakang. "Eh, apa kau orang buat dekat sini?"

   Rizal menayangkan wajah toya melihat dua rakan sekelasnya masih lagi berdiri kaku. Dia memanggil lagi dengan menguatkan suaranya. "Kau orang!"

   "Oh, sorry, sorry." Natasha cepat - cepat menjawab. "Kita orang pergi tandas tadi. Kenapa kau orang dekat sini?"

   Gopal menjuih mulutnya ke arah Afiq yang ditegur oleh para juri. "Tu... kita orang teman Afiq."

   "Oh." Natasha dan Jianying mengiyakan.

   "Nanti kami akan umum pemenang Isnin nanti, ya? Ha, boleh masuk kelas." Afiq terangguk mendengar kata cikgu yang menjadi juri sebentar tadi.

Anxiety LoveWhere stories live. Discover now