6 | AL

263 42 8
                                    

     SELESAI menyarungkan baju T-Shirt, barulah Afiq keluar dari bilik dengan tuala dibalut separa pusat. Dia duduk bersebelahan Rizal di atas katil dengan rambut yang masih menitik air.

   "Booyah ke?" soal Afiq sambil jarinya larit meluncur di atas skrin telefon. Sementara tunggu dia orang main, baik main instagram sekejap.

   Gopal menggoyangkan kepalanya, sekilas. "Belum lagi. Tinggal 3 pemain lagi."

   Lima minit berlalu, tiba - tiba bunyi sorakan dari Rizal dan Gopal. Seperti biasa, jika sekawan itu memenangi sesuatu permainan, mesti akan bertepuk tangan.

   Afiq menjongketkan kening. "Heh, menanglah tu."

   Satu sengihan terbit pada wajah Gopal. Gopal menepis hidungnya. "Hahaha, biasalah. Pemain pro, kan?"

   Afiq meniup dengan bibir dirapatkan. "Ha, iyalah."

   "Okey, mari kita bincang misi pula." Rizal menyimpan telefonnya ke dalam poket. Dia berpaling ke arah Afiq. "Kau ada kumpul maklumat ke, Afiq?"

   "Ada. Tapi... semua tak berguna." Afiq menayangkan riak menyampah. Dia menggaru kepalanya yang tiba - tiba gatal. "Semuanya suruh makan ubat, jumpa doktor dan bersosial dengan kawan. Haih, macam tak ikhlas saja nak tolong."

   "Jumpa doktor?" Gopal menggaru dagunya sendiri. "Ha'ahlah. Macam tak berguna pula. Kau dahlah ada kebimbangan sosial. Nak tegur Natasha pun macam nak tegur anak raja. Ish, ish, ish. Memang tak berguna."

   Afiq menyeringai ke arah Gopal. Rasa tersindir pula dengan ayat Gopal. Seolah - olah ayat itu mempunyai serampang dua mata.

   "Mana maklumat yang kau kata tak berguna tu?" tanya Rizal.

   Afiq menjuih bibirnya ke arah telefon di sebelahnya. Rizal mengambil telefon itu dan memasukkan kata laluan. Tidak menghairankan kerana mereka bertiga tahu kata laluan telefon masing - masing. Nasib saiz seluar dalam tidak tahu sangat.

   "Kita boleh guna benda ni." Kata - kata Rizal membuatkan Afiq dan Gopal berpaling ke arahnya.

   Gopal yang tidak tahu apa - apa, mengerutkan dahi. "Guna apa?"

   "Tiga fasa merawat kebimbangan sosial." Rizal menghulur telefon ke arah Gopal supaya senang Gopal membacanya.

   Rizal menyambung berkata. "Fasa pertama itu dah betul dah. Kau kena tahu yang penyakit kebimbangan sosial itu bukanlah penyakit yang kau ada sejak lahir lagi. Kau rasa sebab apa kau trauma?"

   "Peristiwa itu." Afiq mengetap bibir, rasa susah hendak diluah. "Macam kau orang tahu, aku kena fitnah rogol Raisha. Padahal aku tak buat pun! Haih, waktu tu... entahlah. Berat aku nak ceritakan."

   "Kalau kau tak nak cerita pun tak apa." Rizal main ambil telefon Afiq di tangan Gopal. Dia membaca salinan maklumat yang Afiq dapat. "Fasa kedua. Ahli terapi... bla bla bla... mengenalpasti punca. Ha, walaupun kau tak ada doktor, kau boleh kenal pastu punca itu sen..."

   "Macam doktor pula budak ini." Gopal berbisik dari bawah katil.

   Afiq mengangguk. Dia menunjukkan jari ke arah Rizal. Macamlah Rizal itu tidak nampak. "Entah, macam masuk kem motivasi darjah 6 sahaja."

   "Kurang ajar kau orang." Rizal menjadi geram dengan mereka berdua. Orang nasihat dituduh jadi penyelia kem motivasi. Mahu sahaja dia buka gelanggang gusti di sini.

   "Ha! Aku ada jumpa..." Gopal terhenti berbicara tatkala terdengar bunyi ketukan pintu Afiq.

   Afiq mengikat tualanya yang hampir tertanggal sebelum berjalan ke muka pintu. Pintu dipulas. Kelihatan Puan Saffiyah membawa sedulang berisi pinggan nugget.

Anxiety LoveWhere stories live. Discover now