16 | AL

201 38 39
                                    

"WAH, tak sabar nak bergandingan dengan kau nanti!" Nadia bersuara teruja sambil mengikuti langkah Natasha ke pintu dewan. Dia selalu mahu berkawan dengan Natasha tetapi disebabkan Natasha terlalu rapat dengan Raisha, dia terpaksa mengundurkan diri.

   Natasha menyengih. "Aku pun sama. Ha, nak study rumah kau ke nak study rumah aku?"

   "Nak study... kejap, Raisha macam mana? Yalah... dia kan mahu kawan dengan orang 'setaraf' dia sahaja. Maklumlah, nenek dia kan... Puan Sri." Natasha mengetap bibir mendengar kutukan Nadia terhadap Raisha.

   Sempat Natasha toleh ke arah Idayu. Syukurlah, Idayu bergandingan dengan Alisa. Nampak seronok sahaja mereka berdua. Tidaklah dia jadi terlalu risau akan Idayu lagi.

   Natasha menukar topik. "Study rumah kau, boleh tak?"

   "Mestilah boleh. Tapi bising sedikit dengan suara adik - adik aku lagi." Nadia mengeluh geram teringatkan adik - adiknya. Dasar 'anak pungut'.

   "Ala... tak apa. Lagipun aku suka buda..." Natasha terhenti meneruskan butir bicaranya apabila perbualan mereka berdua dicelah seseorang.

   "Hai, Natasha." Qayyum melambai kecil ke arah Natasha.

   "Oh." Teragak - agak Natasha ingin membalas lambaian itu. "Hai... Qayyum?"

   "Oh, awak tahu nama saya ke? Wah, terharu pula." Qayyum memegang dada, acah terharu.

   Si Natasha dan Nadia pula sudah memandang toya ke arah Qayyum. Acah terharu pula manusia ini. Kau pakai tanda nama pada baju, mestilah orang tahu nama kau.

   Natasha bertanya. Dia bergerak ke tepi Qayyum. "Kalau tak ada apa - apa urusan, saya nak pergi masuk kelas ini. Bye!"

   Qayyum memegang lengan baju Natasha, berlapik. "Tunggu dulu, Natasha!"

   Sementara itu, kelihatan Afiq dan Kuzaimie dari jauh. Afiq masih lagi kaku duduk bersila di situ. Kuzaimie merengus. Kenapa pula si Afiq duduk diam ini? Ketika itu di fikiran Kuzaimie terbit rasa marah kerana digandingkan dengan budak pelik ini.

   "Woi, bangunlah bangang!" Tidak semena - mena kepala Afiq menjadi mangsa lepukan dek Kuzaimie.

   Afiq menggosok belakang kepalanya lalu perlahan - lahan bangun. Kurang ajar betul Kuzaimie. Dia tahan sahaja kakinya dari melayang ke kuka Kuzaimie. Ingat bapa dia tidak bayar zakat fitrah untuk diakah?

   "Kalau kau nak tahu, aku memang lama berdendam dengan kau. Kau tahu tak, sakit kaki aku kau tendang." Urat - urat mula muncul di tangan Kuzaimie. Rasa geram melihat Afiq bangun tanpa mempedulikan kata - katanya.

   "Hoi, kau dengar tak!" Kuzaimie memegang bahu Afiq namun ditepis oleh Afiq. Egonya mulai tercabar.

   "Hoi!"

   "Natasha, boleh tak awak jadi girlfriend saya? Tak payahlah awak pergi dekat Kuzaimie itu. Dia bukannya baik mana. Dia couple dengan awak sebab awak cantik saja. Putuslah dengan dia dan couplelah dengan saya." Suara mendayu - dayu itu menarik perhatian Kuzaimie dan Afiq. Segera mereka berdua bergerak ke muka pintu.

   Natasha berkerut dahi. Dia melepaskan pegangan Qayyum darinya. "Apa awak merepek ini, Qayyum?"

   Sepertk psikopath, Qayyum memujuk lagi tanpa pedulikan pemberontakan Natasha tadi. "Serius saya kata, Natasha. Jomlah couple dengan saya."

   "KURANG AJAR!" Satu tumbukan dilayangkan ke arah Qayyum.

   Terkedu semua orang yang baru keluar dari dewan. Kecoh di koridor itu dibuatnya! Afiq mengambil peluang dengan menyelit di sebelah Kuzaimie dan Qayyum untuk pergi ke dua kawan baiknya.

Anxiety LoveWhere stories live. Discover now