13 | AL

184 39 16
                                    

          "RAISHA tak datang hari ini." Natasha merungut sendirian. Disebabkan Raisha tidak datang ke sekolah hari ini, dia terpaksa rehat berseorangan.  Malah, dengan Kuzaimie sekali tidak hadir ke sekolah. Jianying? Pasti dia pada rakan - rakan yang lain juga.

   Disebabkan dia berpuasa ganti, dia tidak akan menghabiskan masanya di kantin. Buat meleleh air liur sahaja melihat para pelajar memakan pelbagai juadah.

   Demi mengisi waktu rehatnya, Natasha membuat keputusan untuk berkeliaran sekeliling sekolah sebelum bunyi loceng berdering. Sedang dia larit menyepak batu - batu kecil, dia tidak sedar dia sudah berada hampir dengan belakang bangunan sekolah.

   "Wah..." Natasha menjadi teruja melihat pokok - pokok bunga yang berkembang mekar di sebelahnya. Dia mengikuti susunan pasu itu, dalam tidak sedar, dia membawa dirinya ke sesuatu tempat.

   "Tak sangka ad..." Natasha terkedu melihat Afiq tercengang - cengang menghirup air di pondok itu. "Afiq?"

   Afiq yang duduk dengan kedudukan lutut kaki kanan naik ke atas terus menukar posisinya dengan bersila. Dia menyambung menghirup air tanpa mempedulikan pandangan Natasha.

   Entah dari mana kekuatannya datang. Melihatkan Natasha ingin berura - ura pergi, Afiq melaungkan nama si gadis itu. "Natasha!"

   Natasha berpaling ke belakang. "Kenapa, Afiq?"

   Afiq menunduk serta - merta. Menyirap wajahnya! Perlahan - lahan dia menuturkan kata, perlahan. Entah dengar atau tidak si Natasha itu. "Ka... kalau awak nak duduk sini. Duduklah."

   Natasha mengerutkan dahi. "Apa? Tak dengarlah."

   Dengan rasa menyerah, Afiq menguatkan lagi suaranya. Tetapi masih lagi dalam nada berbisik. "Kalau... a... awak... nak duduk sini. Du... duduklah."

   "Lah, boleh ke? Memang saya nak duduk sini tapi takut awak tak bagi. Cantik betul tempat ini!" Natasha terus mengambil tempat di atas pondok, hadapan Afiq. Tidak henti - henti mulutnya bercakap! "Awak memang rehat dekat sini ke?"

   Afiq perlahan - lahan mengangguk. Dia sudah kata sebelum ini! Memang becok betul mulut si Natasha ini. Haih, nasib sayang.

   "Dua 'member' awak dekat mana?" soal Natasha, ingin tahu.

   Afiq menuding jari ke hadapan, menunjukkan bahawa mereka ke kantin kerana bangunan ini menghadap kantin sahaja.

   "Oh." Natasha mengiyakan.

   "A... awak... tak re... hat ke?" Tergagap - gagap Afiq berkata. Dalam diam, dia memarahi dirinya sendiri! Come on, Afiq. Mana aura 'badboy' kau?

   "Tak." Natasha menggeleng dengan sengihan di bibir. "Lagipun boyfri... Kuzaimie tak datang. Raisha pun tak datang. Bosanlah saya. Nasib saya puasa kalau tak, mesti sendu rehat seorang diri."

   "Awak puasa?" Afiq seakan - akan terkejut. Ah, sudah! Tidak mungkin dia mahu campak air Milo dia ke belakang pondok. Buang tabiat sahaja.

   Natasha mengipas angin sekilas. "Ah, tak apa. Saya tak terliur pun."

   Selang beberapa saat, kedua mereka mendiamkan diri. Afiq sudah tergaru tengkuk. Lamanya Rizal dan Gopal pergi kantin. Dia orang bantu mak cik kantin jual makanan atau apa?

   "Awak... ada crush tak?" Mendengar soalan Natasha, Afiq lantas mengangguk.

   Afiq tergamam seketika. Eh, sekejap. Aku angguk ke tadi? Kenapa aku angguk! Hah, nak nangislah begini! Rasa nak lari merengek bawah ketiak ibunya sahaja.

Anxiety LoveWhere stories live. Discover now