Pernah tak?
Satu hari tu, kita menangis tanpa sedar sampai satu tahap kita menangis teresak-esak. Tak sedar puncanya, tapi menangis adalah salah satu solusi hati kita akan tenang.Terkadang aku tertanya, apa masalah diri aku? Apa yang kurang? Apa yang lebih? Apa yang tak kena dengan diri aku? Sampai satu tahap, aku rasakan yang aku benci diri aku.
Iya, bagi mereka yang punya sama masalah sepertiku, aku mengerti. Kita tak minta untuk dilahirkan 'bermasalah'. Yang Maha Esa menciptakan ciptaan-Nya sama rata. Suci seperti kain putih. Kita yang mencorakkannya.
Tapi diri aku, yang mencorakkan hidup aku adalah manusia sekeliling aku. Sehinggakan aku benci dengan mereka. Terutamanya mata mereka. Tidak cukup manusia sebagai boneka dunia, kini boneka itu lah yang mematungi aku.
Pernah tak?
Ada satu masa kita benci diri kita, walhal kita sendiri tidak tahu dimana silap kita sehinggakan kita benar-benar merasakan bahawa itu memang silap kita. Akan ada satu tahap, diri kita pun kita tak sanggup untuk melihat.Nah, manipulasi manusia. Hanya sekadar tuturan sahaja mampu mengubah hidup seseorang. Sebenarnya, diri kita bukanlah perkara yang patut disalahkan sekiranya itu bukanlah berpunca daripada kita. Kita dikurniakan hampir semua sama. Tidak dikecualikan nikmatnya.
Sama juga penampilan, wajah dan perwatakan. Diri kita cukup manis lebih dari manis caramel. Diri kita tidak layak untuk dibenci oleh kita tapi sebaliknya, diri kita lah sumber utama kekuatan kita.
Manipulasi manusia. Hanya satu perkataan sahaja cukup sahaja untuk kita benci pada diri.
Seandainya aku kebal, setebal lapisan ozon sekalipun, cukup untuk aku menghindari tuturan tajam mereka, mungkin aku tidak 'bermasalah'.
Jadi aku ingin tanya kalian? Pernah tak kalian fikir untuk cuba sesuatu diluar jangkaan kalian?
Kali ini, mungkin bukan sekadar fikir. Aku pernah melakukannya.
YOU ARE READING
Monolog Sang Hauri
Short StoryUntuk empunya dan juga kamu. Sila teruskan hidup walau susah sekalipun, Demi mereka yang memerlukanmu.