Apa itu hidup? Apa tujuan hidup? Apa makna hidup?
Emir pernah kata, hidup ini palat dan benda itu adalah hakikat paling celaka yang semua manusia wajib telan. Dan aku rasa, aku setuju dengan Emir. Hidup ini memang celaka.
Kenapa 10:43 malam ?
Sebab aku baru sahaja habis melihat sebuah filem. Apa ertinya? Nak beritahu yang aku sangat suka filem itu dan patut recommend dekat kalian? Tidak.
Iq pernah kata, setiap manusia ada ralat dan rawak tersendiri. Setiap mata mereka ada kisahnya. Dan hanya dia sahaja dapat lihat warna mata aku.
"Aku ada untuk kau. Selalu ada. Walau kau tak cerita sekalipun kisah hidup kau, aku tetap tahu."
"Aku akan hidupkan semula warna dalam diri kau. Walaupun kau dan aku akan tanggung risiko besar, aku tetap akan hidupkan"
Sayangnya, Iq tiada...... dan malam aku sunyi sepi
![](https://img.wattpad.com/cover/246421203-288-k334033.jpg)
YOU ARE READING
Monolog Sang Hauri
Short StoryUntuk empunya dan juga kamu. Sila teruskan hidup walau susah sekalipun, Demi mereka yang memerlukanmu.