Outsider"

9 4 0
                                    

Buat mereka yang memiliki 'kesunyian', aku cuma mahu katakan bahawa aku juga memilikinya juga. Malah, sunyi itu kini menjadi sahabat setia aku. Kawan bukan sebesar lautan cina selatan, cuma sebesar zarah. Kecilnya bulatan sosialku. Terkadang aku cemburu melihat warna mata mereka. Maksudku ialah, bukan warna bola mata mereka, tetapi warna kegembiraan mereka.

Katakan, mereka tersenyum riang sehinggakan pipi mereka kebas, aku menggambarkan warna kegembiraan mereka adalah sesinar kuning diraja. Ibarat bintang menyinari dunia sehinggakan teman sekeliling dia turut gembira. Jadi, orang seperti dia itu aku pasti dan yakin bahawa dia itu punya ramai kawan. Maaf andai aku tersilap. Seperti aku katakan sebelum ini, aku tak suka melihat mata bukan kerana aku cemburu dengan kecantikkan bentuk mata mereka, tetapi aku dapat melihat warna mereka.

Bukan aku dengki melihat mereka bahagia. Mungkin kerana temanku bergelar 'sunyi' ini buat aku sedikit cemburu dengan orang yang ditemani 'gembira'. Tapi, aku cukup senang melihat mereka senyum. Ibarat sinaran mereka turut tempias kearah aku. Terima kasih

Berbalik kepada destinasi asal, mengenai kawan. Untuk mereka yang mempunyai kawan sebesar zarah, aku yakin tahap penghargaan mereka terhadap rakannya adalah jauh lebih tinggi dari Gunung Everest. Aku juga begitu. Sayangnya aku terhadap rakanku jauh lebih bermakna dari nyawa aku sendiri.

Namun, bukan semua dapat memenuhi kehendak kita. Aku teringin untuk ada selalu dengan mereka sewaktu susah dan senang. Kerana itu adalah prinsip aku sejak dahulu kala lagi. Aku akan dengar segala masalah mereka, memenuhi keperluan mereka sewaktu mereka memerlukan pertolongan dan akan mewarnai semula pelangi mereka saat ianya mula luntur. Kerana aku tahu, segala perbuatan kebaikan kita terhadap seseorang, akan dibalas dengan kebaikan. Mungkin hari ini, mungkin esok, tahun depan atau malam ni pun boleh jadi juga.

Seperti aku katakan, tidak semua keinginan kita akan kita miliki. Malahan kawan juga akan memilih siapa untuk dia ingin bual, ketawa dan meluahkan isi hatinya.

Terkadang, aku juga terfikir. Aku ini ibarat 'outsider' yang menagih perhatian terhadap orang lain. Ibarat aku terdesak memerlukan teman untuk menghilangkan sunyi. Iya, sampai satu tahap aku ingin buang rasa kesunyian itu dengan cara yang salah. Bukan ambil dadah itu pasti, mana mahu cari pembekal wahai pembaca ?

Kenapa aku rasa aku 'outsider' ?

Temanku, aku sendiri tidak tahu kenapa aku gelarkan diriku sedemikian. Cuma setiap kali aku bersama kawanku, aku dapati mereka lebih selesa dengan rakannya yang lain berbanding dengan aku. Seboleh yang mungkin aku cuba husnuzon. Mungkin ada kurang pada diri aku yang mereka tidak ingin bicarakan. Terkadang, memiliki kawan juga buat aku sunyi. Sebagai 'outsider' yang berpengalaman, aku memilih untuk menyendiri dan lebih ke arah bisu. Susah sekali untuk melihat warnaku.

Sehinggakan aku merasakan, aku tidak layak untuk memiliki kawan. Terlalu sakit. Air mata sahaja tidak cukup untuk menggambarkan rasa kesakitan itu. Saat aku bertanyakan.....

"Okay tak? Ada masalah ke? Nak luahkan dekat aku?"

Mereka akan memilih untuk berkata...

"Takpe, aku okay. Aku nak menyendiri sekejap"

Namun, cara itu sebenarnya untuk membuat aku pergi lebih jauh daripada mereka. Kerana bukan aku yang mereka ingin luahkan. Tak mengapa, setiap orang akan ada seseorang untuk mereka luahkan dan rasa selesa dengan dia.

Akhirnya, aku membuat kesimpulan yang bukan semua orang selesa dengan kita. Ada segelintir sahaja. Siapa mereka ingin luahkan itu terpulang kepada mereka, meskipun orang tersebut merupakan kenalan baru mereka.

Itu juga memberikan kesan terhadap diri aku. Aku lebih gemar untuk memendam. Malah lebih 10 tahun aku pendam. Sudah terbiasa sekali sehinggakan aku sendiri takut untuk meluahkan apa yang aku rasa. Namun, syukur ada seseorang yang mampu melihat warna mataku. Walaupun bukan kesemuanya tapi itu sebenarnya cukup baik untuk aku meluahkan rasa dalam diri aku kepada dia.

Terima kasih, Emir. Kerana memberikan aku lihat warna dalam diri aku. Biru, setenang lautan yang luas, dan mendamaikan. Bererti kau memperoleh kepercayaan aku. Dan aku juga merasakan yang kau juga memiliki warna tersebut.

Apakah kalian pernah rasa perasaan sebegini?

Monolog Sang HauriWhere stories live. Discover now