IBU

69 4 0
                                    


Selamat pagi matahari..

Hari ini aku ingin mencurahkan isi hatiku

Tentang dia

Dia yang membuat hari kelamku bertukar ceria..

Dia yang sudi mempertaruhkan nyawanya buatku

Dia yang ku gelar cinta sejati.


Tentang siapa yang menjadi tokoh utama cerita ini,

Biarlah menjadi misteri

Kelak, identitinya akan ku bongkarkan pada mu


Matahari, dirinya sempurna

Kadang aku berfikir

Apa benar ini manusia?

Senyumnya,bicaranya, sentuhannya, bahkan tatapan matanya terasa begitu istimewa


Dia tidak pernah meninggalkanku ketika yang lain pergi

Dia sentiasa disisiku bilamana aku bahagia

Berkali kali hatinya ku lukakan, dia tetap setia menjadi tulang belakangku

Kadang, aku merasakan akulah manusia paling berdosa di muka bumi ini

Aku begitu tega menyakiti orang yang tulus mencintaiku

Seketika, aku merasakan akulah manusia yang paling bertuah di alam semesta

Kerana mempunyai cinta sejati yang sentiasa berada di sampingku


Ah, rasanya ingin sekali aku mendatangkan bahagia dalam hidupnya

Tapi, diri ini hanyalah insan lemah tak berdaya

Yang aku berikan malah derita

Beribu-ribu, bahkan berjuta duka aku hadirkan buat dirinya..


Rasanya sejuta tahun pun tak cukup jika aku ingin menebus kesalahan ku dan membalas jasanya.

Jadi, biarlah puisi ini menjadi wakilku


Ibu, dimanapun kau berada

Aku ingin kau tahu anakmu ini sentiasa merindukanmu

Mencuba membahagiakanmu

Meskipun kerapkali gagal

Sayangi aku ya?

Sempurnaku.


Bunga Zuhri

Menghela Nafas (PUBLISHED)Where stories live. Discover now