Kata orang, yang namanya kebahagiaan hakiki pasti tidak akan membawa duka
Tapi kataku, duka itu boleh datang dari sesiapa sahaja
Semuanya telah terbukti hari ini
Melihat tubuh kakumu membuatkan darahku seolah berhenti mengalir
Menggenggam tangan dinginmu menyebabkan jantung ini seolah berhenti berdegupMinda ini sudah tak mampu lagi mencerna suasana
Membezakan realiti dan fantasi
Diri ini seolah tak mampu lagi menyatu dengan kenyataanKaki yang selama gagah melangkah kini seolah lumpuh
Tangan yang selama ini mengurusmu kini terkulai lemah mendengar berita ketiadaan muTapi,
Yang namanya pertemuan pasti akan bertemu perpisahan
Begitu juga dengan kehidupan
Yang hidup, pasti akan bertemu jua dengan yang namanya kematianDan semua itu terjadi tanpa mampu dirancang oleh makhluk lemah seperti kita.
Tidak mengapa..
Kita memang hidup untuk menghadapi realiti
Semoga kau tenang disanaBunga Zuhri
