Seluruh mata rakyat Empire Skylight tertumpu pada skrin besar yang terbentang di langit. Melihat putera mereka ditabalkan sebagai putera mahkota yang baru.
Sistem Empire Skylight tidak seperti sistem kerajaan yang lain. Sistem ini beroperasi dengan putera bongsu yang menjadi 'crown prince' yang baru. Malangnya, disebabkan kejadian misteri yang menimpa putera bongsu mereka, putera mahkota yang baharu terpaksa ditabalkan.
Akeno; Putera mahkota yang baru saja ditabalkan itu melihat ke sekelilingnya. Ugh, dia benci majlis keramaian. Ia mengingatkan dia tentang kematian adik dan bondanya.
Sampai sekarang dia belum dapat mencari jawapan tentang pembunuhan mereka. Lima tahun dia berusaha keras untuk elakkan diri menjadi putera mahkota, tapi semua itu langsung sia-sia kerana pada hari ini dia sudah sah menaiki takhta itu.
Akeno melihat sekeliling mencari Hissaki. 'Mana Hissaki ni?' monolognya sendiri. Hissaki pasti ingin dia menikmati 'majlis' nya itu. Walau bagaimanapun, dia sedikit pun tidak tertarik untuk bersantai ketika ini.
Para rakyat Empire Skylight bersorak riang lagi apabila Akeno mula memberi ucapan. Manakan tidak, Akeno itu lelaki yang terkacak di Empire Skylight. Semua gadis pasti ingin bersuamikan dia.
Tetapi apakah daya, Akeno itu seorang putera. Bagaikan langit dengan bumi ingin bersama. Sangat mustahil! Apatah lagi usia Akeno yang baru menjejak 18 pada tahun ini menambahkan lagi kegilaan para gadis-gadis itu.
Bahu Akeno ditepuk dari belakang.
"Kau dah kenapa?" Hissaki berbisik hairan.
"Kau dari mana?" lontar Akeno kembali. Hissaki menggelengkan kepalanya. Dah agak dah, mesti putera satu ni bosan dengan majlis seperti ini.
"Aku baru habis ambil laporan keselamatan. Aku kan orang penting," kata Hissaki bangga. Kembang hidung kat situ.
Akeno menjulingkan mata ke atas.
Hissaki dan Akeno berkawan baik dari kecil. Lagipula, bondanya dan ibu Hissaki sangat rapat. Oleh itu, Hissaki ditugaskan menjadi pengawal peribadi Akeno.
"Bila aku boleh berehat ni?" rungut Akeno. Malas nak berlama-lama di situ. Rasa rimas!
"Sabarlah, nanti kau berehatlah." Hissaki cuba memujuk Akeno. Tahu sangat perangai introvert Akeno tu.
Akeno hanya memandang malas ke arah manusia-manusia yang datang ke situ. Lama-kelamaan, dia termenung sendiri.
"Run away from me and you'll regret it."
Akeno memegang kepalanya. Ada suara yang terngiang-ngiang di fikirannya sejak dulu lagi. Suara itu kembali. Suara seorang gadis seperti sedang marah dan seperti suaranya...
"Screw the introduction."
"Let's play a game."
"Are you regret it now?"
Suara itu semakin kuat. Dada terasa sesak. Akeno cuba untuk berdiri dengan betul. Hissaki yang perasan keadaan Akeno memberi isyarat kepada pengawal yang lain.
"Jom masuk. Aku rasa kau memang patut berehat."
Akeno mengangguk perlahan.
• • •
Seperti biasa, Akeno masuk ke dalam bilik bondanya. Itu sudah menjadi aktiviti hariannya. Dia selalu melepas rindu di situ.
Dia berjalan di sekeliling bilik itu. Tiba-tiba, kakinya terhenti di depan cermin bondanya. Cermin besar yang terpampang di situ sentiasa membuatkan dia rasa pelik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Darklight
FantasíaTo her, love is just a word. To him, love is an obsession. Now shall we play the game? Where desire and fear are mix together. amazing cover by @aaamiiraaaa ♡♡♡ ⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ TIDAK DIBENARKAN MENIRU MANA-MANA AKSI DALAM CERITA INI ⚠️ MANA-MANA...