Masa 3

55 10 1
                                    

Aku tak tahu bagaimana aku boleh berlari sepantas itu. Lebih-lebih dengan merangkul Intan di tanganku. Mungkin juga kerana pendorong yang sedang mengejar dari belakang.

Makhluk yang aku tak dapat teka apakah ia. Dengan bilah tijam di tangannya, bersedia untuk merobekku dan Intan. Dengan ngauman yang entah datang dari mana. Kerana aku tak nampak lansung sebarang mulut pada makhluk ini.

Dan mungkin kerana itulah aku mampu untuk berlari sekuat mungkin. Walaupun aku membawa Intan yang lebin kurang sama je beratnya dengan aku ( agaknya, gila kau nak tanya berat orang perempuan). Tapi larianku pantas. Membawa aku masuk semakin dalam ke perut gua.

Bunyi ngauman itu makin lama makin kuat. Sehingga aku merasakan yang makhluk itu kini betul-betul berada di belakangku. Bunyi libasan besi yang datang dari tangan makhluk itu menerpa ke telingaku.

Mujurlah aku bertindak pantas, menundukkan kepala. Libasan itu mengena dinding gua. Dan bilah tajam berserta makluk itu tersekat di dinding. Mengaum makhluk itu kembali. Kali ini aku jelas kedengaran amarah dalam ngaumannya.

Tapi aku tak pedulikan semua itu. Aku menggunakan peluang yang ada untuk menjauhkan diri.

Larianku membawa aku dan Intan menghampiri sebuah tasik di dalam gua. Di tengahnya kelihatan sebuah pulau kecil, yang menempatkan batu berwarna-warni di tengahnya.

Aku berhenti sebentar melihat batu itu. Terkesima aku dibuatnya. Aku cuba untuk menyeberang tasik. Untuk melihat lebih dekat batu berwarna yang berjaya memukauku itu. Tapi bunyi ngauman yang kuat menyedarkan aku. Aku kembali berlari.

***

Setelah hampir 10 minit berlari aku berjaya akhirnya keluar dari gua. Aku terkejut melihat waktu sudahpun menginjak malam, tapi jam di tanganku masih lagi menunjukkan yang hari masih lagi siang.

Tapi aku tak pedulikan semua itu. Yang penting udara segar yang aku hirup mendatangkan kelegaan pada hatiku. Aku menyandarkan Intan di batang pokok. Aku turut bersandar di sebelahnya.

"Maafkan aku Jamil, aku betul-betul sakit tadi," tutut Intan tiba-tiba, membuatkan aku menoleh memandangnya.

Dia kini sudahpun membuka matanya. Memandangku dalam keadaan tercungap-cungap. Kesian dia. Barangkali dia menahan sakit yang amat sangat.

"Sakit kau dah ok?"

"Dah. Dah kurang sikit. Mana pergi makhluk tu tadi?" soal Intan kembali.

"Aku tak tahu. Aku harap dia dah...."

Aku berasa tak sedap hati. Seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikan kami berdua. Aku menoleh ke belakang, melihat mata merah itu kembali menghampiri.

"Intan, kau boleh lari tak?"

Tanpa memberi jawapan, Intan terus membuka langkah seribu. Aku mengikut di belakangnya, sambil membawa beberapa ketul batu.

Kami berlari menuju ke arah hutan. Mengharapkan rimbunan pokok yang tebal boleh menghalang kemaraan makhluk itu. Jangkaan kami meleset.

Entah bagaimana mata merah itu kini sudahpun berada di hadapan kami. Aku membaling batu di tanganku. Tepat mengenai kepalanya, tapi ia tak mendatangkan sebarang kesan pun.

Makhluk itu masih lagi mara dengan pantas, dengan bilah pisau yang sudahpun terhunus. Yang menunggu masa sahaja untuk merobek perutku dan Intan

Aku ligat mencari jalan keluar. Kakiku yang kini menapak di tebing bukit memberikan aku idea. Tanpa berfikir panjang aku terus menarik Intan, dan terus melompat ke bawah.

Kami berdua jatuh berguling, melanggar segala semak dan rimbunan yang rendah. Aku sendiri bergolek pantas, diserang sakit di seluruh badan. Sehinggalah kepalaku bertemu dengan batang pokok.

Masa ( Cerpen)Where stories live. Discover now