Janggal. Itu perkataan yang aku cari. Janggal melihat rumah yang tiba-tiba sahaja muncul di depan kami.
Kami semua kaku sebentar. Rumah itu bukan sahaja besar, 4 tingkat. Ianya juga usang. Tingkap-tingkapnya pecah. Dinding batunya dipenuhi batu dan alga. Ia kelihatan seperti sudah ditinggalkan berpuluh tahun lamanya.
Pun begitu, walaupun dalam keadaan usang, ia nampak seperti hidup. Dari tingkap yang pecah itu kelihatan lampu menyala, seperti ada orang di dalamnya.
"Aku rasa tak sedap hati tengok rumah ni," komen Ravi.
Aku mengangguk. Bersetuju dengan Ravi.
"Habis tu kita nak buat apa? Kita tengah cari Faiz dengan Fiqa, tapi kelibat diorang pun kita tak nampak. Tak kan kita nak tunggu kat sini?" soal Rashid pula.
"Aku rasa baik kita keluar secepat mungkin. Lagi lama kita kat sini lagi bahaya," komen Intan pula.
"Habis tu tak kan kita nak tinggalkan Fiqa dengan Faiz dalam hutan ni?" soal Rashid kembali.
"Aku rasa elok cadangan Intan tu. Kita keluar dulu, kita mintak bantuan dari pak long aku, dari polis semula. Kira masuk balik cari diorang. Sekarang ni kalau kita tak selamatkan diri kita dulu, diorang pun tak akan ada peluang untuk selamat," tuturku memberi cadangan.
Kawan-kawanku semua terdiam. Mungkin memikirkan cadangan aku dengan lebih mendalam. Tapi ia satu langkah yang sukar. Meninggalkan kawan dalam kesusahan bukanlah sesuatu yang senang.
Suasana yang senyap itu hanya menambahkan rasa seram sejuk pada badanku. Aku baru hendak mula melangkah memimpin kawan-kawanku keluar bila tiba-tiba sahaja satu jeritan yang kuat bergema.
Aku kenal jeritan itu. Ia milik Fiqa.
"Tolonggggggg!!!!!!"
"Bunyi macam datang dari rumah tu lah!" jerit Intan, menyatakan apa yang terlintas dalam fikiran kami.
"Tolonggggg!!!!!
Jeritan itu kedengaran sekali lagi. Kali ini kami pasti seratus peratus yang ianya jeritan dari Fiqa.
"Kita kena tolong dia!" ujar Rashid. Aku teragak-agak. Padaku, keadaan rumah yang usang dan menyeramkan itu menyebabkan aku kaku. Tapi aku lihat Ravi sudahpun berlari ke arah rumahku, tanpa menatikan persetujuan dari kami semua.
Jeritan ketiga yang bergema membuatkan kami mengikut langkah Ravi, berlari di belakangnya. Kami menghampiri rumah itu, yang berdiri tinggi menaungi kami.
Pintu depannya tiba-tiba sahaja terbuka, seperti menjemput kami untuk masuk ke dalamnya. Pada mulanya langkah kami terhenti, tapi bila melihat wajah yang dikenali keluar di balik pintu, kami merasa lega.
Fiq dan Faiz muncul di depan kami. Tapi wajah mereka gusar, dengan ketakutan yang terpancar jelas dari mata mereka. Gaya mereka menghampiri kami dengan berlari seperti ada sesuatu yang sedang mengejar mereka.
"Faiz! Fiqa! Kenapa?" soalku
"Lari bro! Hantu!!" balas Faiz lalu berlari melepasi kami. Aku melihat kepada Fiqa, meminta penjelasan darinya, tapi dia terus berlari, lansung tak menoleh memandang kami.
Aku berpaling semula ke arah pintu rumah. Cuba melihat apa yang sebenarnya yang menakutkan Faiz dan Fiqa sebegitu rupa. Apa yang terlihat di depanku membuatkan lututku lemah. Hampir sahaja aku tersungkur ke belakang.
Seorang lelaki sedang berdiri di hadapan kami. Sambil menyeringai menampakkan giginya. Sekali imbas, tiada apa yang pelik pada lelaki itu. Dua kali imbas, membuatkan aku terfikir yang lelaki itu tidak sepatutnya hidup.
YOU ARE READING
Masa ( Cerpen)
Science FictionSekumpulan pelajar universiti masuk ke dalam hutan mencari spesimen bunga yang sepatutnya dah pupus. Tapi berbagai perkara pelik berlaku ke atas mereka.