Masa-2

132 11 2
                                    

"Assalamualaikum, nama saya Faiz Johari, dan saya akan jadi guide anda semua hari ini."

Suara yang tiba-tiba sahaja bergema di ruang dapur itu membuatkan kami semua terhenti sejenak. Terbiar sekejap nasi lemak yang sedang kami semua jamah.

"Kau tak geti nak bagi salam?" jerkah Pak Long

"Tadi baru saya bagi salam kan?" balas Faiz kembali, memprotes.

Aku menggelengkan kepala. Membasuh tanganku dan bangun menghampiri Faiz.

"Orang suruh buat dengan penuh bersopan santun. Bukan macam kau, main terjah je," komenku.

"Eh, orang bandar nak ajar kita pulak bersopan santun. Baru duduk bandar setahun dah poyo. Puih," seloroh Faiz.

Aku tergelak, dan menghulurkan tanganku pada Faiz. Tanganku disambut, dan ia bertukar menjadi pelukan erat.

"Lama tak jumpa kau Faiz," tuturku.

"Sama bro. Aku pun boleh naik rindu," balas Faiz.

"Alright semua, ni kawan baik aku kat kampung ni. Walaupun dia otak macam tak betul sikit, dia ok je sebenarnya. Dia akan jadi guide kita hari ni," tuturku sambil melepaskan pelukan.

"Kawan lama sekolah kau ke Jamil?" tutur Fiqa, bersuara.

"Eh, ada yang berminat lah," balas Faiz, selamba.

"Ergh, bukan berminat. Aku nak tahu je," balas Fiqa kembali, sedikit berang.

"Eh, dah. Dah. Kau nak makan?" soalku

"Eh tak apa. Aku dah makan dah tadi. Aku tunggu kau orang semua kat depan," balas Faiz lalu melangkah keluar dari depan.

"Assalamualaikum Pak Long!" jerit Faiz lagi sebelum beredar.

Aku menggelengkan kepala sekali lagi. Sempat lagi Faiz mengusik.

***

Kami semua sedang melakukan persiapan akhir di depan rumah. Masing-masing semua sedang memeriksa kelengkapan, memastikan tiada apa yang tinggal.

Fiqa dan Ravi pula sedang memeriksa peta yang mereka bawa, sambil berbincang dengan Faiz. Cuma aku nampak Intan sahaja yang masih berdiri sambil bersandar di dinding, mengurut-urut belakang badannya.

"Kau ok ke Intan? Sakit lagi eh?" soalku

Intan mengangguk, "Entahlah, lain macam rasa sakitnya. Malam tadi aku tak dapat tidur sangat. Dahlah ada bunyi.."

"Bunyi apa?"

"Hm, tak ada apa-apalah."

"Kau dengar bunyi tapak kaki kan semalam?"

Soalanku membuatkan mata Intan terjegil.

"Kau pun dengar eh semalam?" soal Intan kembali.

Aku mengangguk. "Aku bukan setakat dengar, aku nampak," balasku.

"Aku pun nampak gak. Tapi dia macam...macam real tau Jamil. Macam bukan hantu, dia macam tentera Jepun tu betul-betul ada kat situ. Aku malam tadi, salah seorang dari tentera tu terjegil mata dia nampak aku. Aku bukan main cuak lagi, cepat-cepat aku tutup tingkap. Malam tu, aku berselubung dalam selimut. Panas pun panaslah," jelas Intan lagi.

Aku sekadar mengangguk, tak menjawab. Kepalaku masih lagi ligat berfikir. Cuba memahami apa yang aku nampak . Jika Intan pun nampak benda yang sama, barangkali ia bukan satu mimpi, ataupun ilusi.

"Pernah ke benda ni jadi kat kampung kau?" soal Intan.

"Tak pernah lagi. Cerita pasal hantu Jepun pun aku tak pernah dengar. Kampung aku kalis hantu. Ini kali pertama aku nampak benda-benda macam ni," jelasku.

Masa ( Cerpen)Where stories live. Discover now