Masa 5

67 11 6
                                    

Aku memberitahu mereka tentang gua itu. Tentang bagaimana aku dan Intan dikejar makhluk yang mengerikan. Tentang batu pelik yang aku jumpa di dalam gua.

"Bro, ni gua kat belah selatan tu kan? Macam mana kau boleh sampai sana? Nak naik sana kau kena panjat, jalan je tak sampai," soal Faiz padaku.

Aku mengangkat bahu, " Aku pun tak tahu. Aku terbangun je aku dah ada kat sana," balasku.

"Jap Faiz, maksud kau ni kita memang tak boleh pergilah gua tu ye?" soal Rashid pula

"Dia ada jalan lain sebenarnya. Ikut jalan laut. Kau kena menyelam masuk ke dalam gua. Bahaya," balas Faiz.

"Tapi itu je jalan yang kita ada," tutur Fiqa, mencelah

"Apa maksud kau?" Kali ini, Intan bersuara.

"Maksud aku, macam Faiz cakap tadi. Aku dengan dia dah cuba banyak kali untuk keluar dari hutan ni, tapi tak dapat. Aku tak rasa kita boleh keluar selagi kita tak jumpa punca kecelaruan masa ni," jelas Fiqa.

"Aku setuju dengan Fiqa. Kita tak ada jalan lain," tutur Ravi.

"Ok, apa lagi. Faiz, bawak kitorang pergi ke pantai," pintaku.

"Kau orang semua tahu menyelam ke?" soal Faiz kembali.

"Jangan risau. Kita fikirkan pasal tu bila sampai ke pantai nanti," balasku.

Faiz mengangguk. Selepas itu kami mula berkemas-kemas untuk menuju ke pantai. Ianya terletak betul-betul di pinggir hutan. Dan perjalanan ke sana membawa kami menuruni bukit.

Pada mulanya Faiz seperti keliru dengan jalan yang perlu diambil. Kerana setiap kali kami melepasi satu pokok besar, kami kembali semula ke kawasan lapang tempat kami bermula.

Kami semua mengeluh.

"Nampaknya nak ke pantai pun tak boleh. Kita tak ada jalan keluar ke dari sini?" soalku, meminta cadangan lain dari rakan-rakan.

Fiqa mengangkat tangan, seperti dalam kelas lagaknya. Semua orang memandangnya.

"Aku teringat, aku rasa ternampak,jalan menuju ke pantai dari belakang rumah tu," tutur Fiqa.

"Rumah? Rumah tadi tu??!!" soal Ravi kembali.

Fiqa mengangguk.

"Kau gila ke nak pergi rumah tu balik? Kalau benda tu menunggu macam mana?" soal Intan kembali

"Kita tak ada cara lain kan?" balas Fiqa.

"Faiz, macam mana?" soalku, sebab Faiz yang mahir dengan selok belok dalam hutan ni.

Faiz menggelengkan kepala. "Seingat aku, memang rumah tu tak pernah wujud pun sebelum ni. Tapi kalau pada kedudukannya memang betullah kat situ jalan menuju ke pantai,"

"Kalau betullah teori pasal masa tu, aku rasa rumah tu barangkali wujud di masa silam," komen Ravi.

"Ataupun mungkin sekali dari masa depan," balas Rashid, berseloroh.

"Rumah buruk macam tu dari masa depan?!" soal Ravi kembali.

"Hish tu semua tak pentinglah. Yang penting kita kena ambil peluang yang ada ni. Kalau tak, sampai bila-bila kita terperangkap dalam hutan ni," sambung Fiqa lagi.

Aku mengangguk. "Tapi kita kena berhati-hati. Ini bukan benda main-main. Kalau silap langkah, pasti ada yang terkorban," tuturku lagi.

Aku melihat kawan-kawanku semua terdiam. Masing-masing semua hanya menganggukkan kepala.

"Faiz, lead the way," kataku.

***

Kami semua melangkah dengan penuh debar. Walaupun kami cuba sedaya upaya mungkin untuk melangkah perlahan, tapi entah kenapa dalam beberapa minit sahaja kami sudahpun tiba di depan rumah itu. Hati kami seolah-olah terhenti bila melihat rumah usang itu yang seperti memerhatikan kami dari jauh.

Masa ( Cerpen)Where stories live. Discover now