Bab-3

19 0 0
                                    

"Diriku diperhatikan"

-------------------

Aku terbangun dari lena setelah mendengar bunyi sesuatu dari bawah katil. Bunyi itu telah mengejutkan aku dari lena lantas aku duduk dengan keadaan sedikit mengantuk.

tokk!..skrett!..tokk!..skrett

Terdengar seperti bunyi sesuatu yang mengetuk dan di seret dari bawah katil. Aku menggaru kepala. Dahiku berkerut. 'Bunyi apa tu' desis hatiku.

Seketika bunyi itu sudah tiada. Aku menarik nafas lega. Aku mahu menyambung tidur semula tetapi terbatal sebaik sahaja mendengar bunyi almari kayu dalam bilik berbunyi seperti diketuk dari dalam.

Tok! tok! tok!

Bunyi itu membuatkan degupan jantung aku tidak terkawal. Badanku terasa terpaku. Manik manik peluh membasahi seraut wajah aku yang ketakutan. 'Bunyi apa tu' . Mataku tidak teralih dari melihat almari itu. Lantas pelbagai imaginasi yang menakutkan bermain di minda membuatkan aku lebih ketakutan.

Aku berdiri mendekati almari itu. Bunyi ketukan semakin jelas di pendengaran. Semakin aku menghampiri semakin menggila degupan jantungku.

Tangan aku perlahan lahan ingin membuka pintu almari. Namun terbatal apabila...

Tok! skrettt...tok! skrettt..

bunyi seretan dan ketukan yang datang dari bawah katil berbunyi semula.

Aku menoleh ke arah itu. Ya Allah apa pula kali ni. Aku rasa mahu menangis. Kaki aku terasa berat untuk melangkah.

Aku melihat jam yang tergantung di dinding. Dapat aku lihat jam itu dalam keadaan yang samar samar. Sekarang menunjukkan pukul 2pagi. Gila! Ya Allah kenapa waktu begini aku diuji.

Aku meraup muka,pasrah. Sudah seminggu aku tinggal disini dan baru harini aku mengalami gangguan dan bahkan untuk pertama kali dalam hidup aku diganggu seperti ini.

Nak tak nak aku terpaksa berjalan menghampiri katilku kembali. Firasat mengatakan ada sesuatu di bawah itu.

Hatiku menegah untuk melihat apa yang berbunyi di bawah itu tapi keinginan untuk tahu itu juga tidak dapat dibendung. Jika tidak melihatnya pasti hidup aku tidak akan tenteram oleh kerana tenggelam dalam persoalan.

Perlahan lahan aku membungkukkan badan. Hatiku berdebar debar oleh kerana buah fikiran memikirkan yang bukan bukan. Kepalaku perlahan lahan semakin melekap di lantai.

Dan apa yang aku nampak di bawah katil hanyalah kegelapan. Ya gelap! Tapi firasat aku mengatakan ada sesuatu di situ.

Tiba tiba bunyi guruh dan cahaya kilat menerangi bilikku. Cukup membuat aku terkejut sebelum aku terundur ke belakang apabila melihat sesuatu di bawah katil.

Empangan air mata sehabis boleh aku tahan. Dapat ku lihat cahaya kilat memancar mancar di balik langsir tingkap aku yang berwarna putih sekaligus menjadikan suasana dibilik aku semakin seram dan suram. Hujan juga lebat membasahi bumi dikala ini.

Aku memberanikan diri untuk merangkak menghampiri katil.

Bumm!

Bahuku terhenjut apabila mendengar bunyi guruh. Cahaya dari kilat itu sedikit sebanyak menampakkan aku 'benda' di bawah itu.

Aku terpaku. Kejap tu bukan ke....Patung atuk? tangan aku teragak agak untuk mencapai benda yang aku lihat seperti patung kepunyaanku.

Aku menariknya keluar. Aku menarik nafas lega. Ya tu memang patung atuk aku yang aku bawa. Tapi yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana patung kayu ini ada di bawah katil? sedang aku letaknya di meja berlajar.

Dan yang aku ingin tahu sangat sangat, patung ini ke yang mengetuk dan menyeret tadi?

Tidak semana mena persoalan itu membuat bulu romaku menegak. Aku memerhatikan patung buatan datukku itu.

Saiznya sebesar budak berumur satu tahun. Matanya melengkung dan dilukis berwarna biru. Rambutnya pula berwarna merah yang diperbuat dari benang kait. Hidung patung itu pula tidak berapa panjang tapi cukup mancung. Tapi..datuk tidak pula melukis mulut pada patung itu.

Walaupun bentuk fizikalnya yang aneh dan unik, patung inilah yang aku amat sayang kerana patung ini  diberi datuk aku sebelum dia meninggal dunia setahun yang lalu. Kata datuk dia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan patung ini dan aku harus menjaganya dengan baik. Patung ini lah yang menceriakan hari hariku dan merupakan kawan aku ketika ibu dan ayah sibuk bekerja.

Bunyi guruh menyedarkan aku dari lamunan. Aku berdiri sambil memegang tangan patung itu. Dapat aku rasakan tangan patung itu seperti bergerak. Dan secara tidak sengaja aku mencampakkannya kerana terkejut.

Dadaku kembali berdebar. 'Patung tu bergerak?' aku berlari menghampiri suiz lampu yang terletak di sebelah pintu dan sekali tekan, bilik aku sudah terang menderang.

Aku menoleh ke belakang dan sekali lagi aku terkejut apabila patung yang aku lempar tadi tidak ada. Baru aku ingin bergerak, pintu bilik aku dibuka.

"Adi kenapa tak tidur lagi?" bahuku sedikit terhinjut mendengar teguran ibu.

Mulut aku agak berat untuk memberitahu ibu. Suara bagaikan tersekat di kerongkong.

"Adi?" panggil ibu lagi sekali. Aku mendekati ibu dan memeluknya.

Aku menunjuk ke arah katil. "Pa..patung" susah untuk aku bersuara ketika ini.

Lina melihat ke arah katil anaknya. "Patung? patung Adi kan dekat atas meja tu" kata ibu.

Aku sedikit tersentak dengan pernyataan ibu. Aku melihat ke arah meja. Ya patung tu elok duduk bersandar di atas meja. Semakin erat aku memeluk ibu. Perasaan takut semakin menguasai diri. Sedikit demi sedikit air mataku mengalir.

"Ibu.. Adi nak tidur dengan ibu.." kataku dengan esakkan. Tak sanggup aku hendak sambung tidur di dalam bilik ini lagi. Entah apa pula yang akan terjadi lagi.

Ibu mengusap belakang aku. "Haih Adi menigau ya? dah besar pun menigau lagi ke?" soalan ibu tidak aku jawab. Mukaku aku sembam di perut ibu. Tak nak aku pandang belakang. Takut..

Terdengar keluhan dari ibuku. "Dah jom" Tanpa bersoal lagi ibu mendorongku keluar bilik.

Sebelum menutup pintu sempat aku melirik ke arah patung itu yang elok terduduk sebelum pintu tertutup rapat.

Persoalannya,bagaimana patung itu boleh ada atas meja pula?


Maaf kalau hambar. #Siscuba

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PERJANJIAN : DIRIKU DIPERHATIKANWhere stories live. Discover now