"Diriku diperhatikan"
-------------------
Perlahan aku memasuki pintu utama sebuah rumah banglo sambil sebelah tangan erat memeluk patung kayu sederhana besar pemberian arwah datuk. Adi tersenyum riang melihat dekorasi rumah ini.
AKU melihat ibu. Ibu melihat aku lalu mencangkung dan memegang erat bahuku. Selaras dengan ketinggian aku yang baru berusia 9 tahun. Senyuman kegembiraan tidak pudar dari bibirnya sejak kami sampai di rumah ini.
"Adi suka dengan rumah ni?" soal ibu sambil tangan sebelahnya mengusap rambut lebat aku yang asli keperangan.
Aku tersenyum lalu mengangguk. "Adi suka sangat,rumah ni cantik. Tapi kenapa kita pindah sini ibu?" tanyaku dengan kerutan di dahi.
Baru kini aku dapat menyoal ibu tentang kepindahan kami sekeluarga. Pelik juga kerana seminggu lalu tiba tiba ayah memberitahu aku dan ibu tentang perihal ini. Pada masa itu aku melihat muka ayah seperti kegelisahan dan wajah ibu seperti ketakutan. Belum aku sempat menyoal ibu menyuruh bibik untuk membawa aku ke laman depan. Sejak itu ibu dan ayah kelihatan sibuk menguruskan perihal rumah sehingga tiada masa untuk aku.
Bibik Santi ada juga memberitahu bahawa ayah mungkin membuka cawangan baru di tempat lain. Aku hanya mengiakan sahaja,mempersetujui apa yang dikatakn bibik Santi. Sememangnya ayah ialah seorang usahawan yang sibuk.
Ibu kelihatan kebingungan.Mungkin tengah berfikir alasan yang akan diberi. Belum sempat ibu membuka mulut, tiba tiba ayah datang menyapa kami.
"Adi suka tak rumah ni?" tanya Hakim iaitu ayahku sambil menyimpan telefon pintarnya di kocek seluar.
Aku mengangguk gembira. Ayah membalasnya dengan senyuman lebar. "Emm ayah kenapa bibik santi tak ikut sekali?" soalku hairan. Bibik Santi kan pembantu rumah merangkap penjagaku,mestilah dia kena ikutkan?
Hakim kelihatan terkedu dengan soalan itu. Wajahnya tidak mempamerkan senyuman. "Bibik balik kampung" jawab Hakim pendek. Itu sahaja yang mampu dia fikirkan.
Adi mempercayai kata kata dari ayahnya. Yalah budak kan,senang mempercayai sesuatu perkara. Lagipula Bibik Santi memang kerap balik ke kampung kerana melawat ibunya yang sakit tua.
Hakim kelihatan lega. Lega kerana anaknya tidak banyak bertanya. Hakim berpaling melihat ke arah keretanya. "Adi dan ibu masuk dulu. Ayah nak ambil beg kita" . Tanpa membantah ibu membawaku masuk ke dalam rumah.
Hakim membuka bot belakang keretanya. Satu per satu beg di keluarkan dari perut kereta. Tiba tiba telefon Hakim berdering memanggil untuk si pemilik menjawabnya.
Hakim melihat skrin telefon. Satu keluhan di lepaskan.
"Ya ada apa lagi?" tanya Hakim dengan suara tertahan.
"Menyorok?"
"Untuk keselamatan anak bini aku"
"Hahahhaahaha" kedengaran suara si pemanggil keras menggelakkannya.
Hakim menggepal tangan. Timbul urat urat biru yang berselirat di tangannya. Sebal dia mendengar suara itu.
Tiba tiba si pemanggil senyap tanpa bunyi. "Ingat Hakim,perjanjian kita. Aku dah korbankan apa yang kita patut korbankan". Keras suaranya memberi peringatan.
YOU ARE READING
PERJANJIAN : DIRIKU DIPERHATIKAN
Korku[Diriku diperhatikan] ON GOING •Hakim - kerana sikap tamaknya dia melakukan sesuatu yang melanggar larangan Allah bahkan larangan dunia. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kesenangan keluarganya. •Adi - budak lelaki yang obses dengan patung kay...