Bab 23

1.5K 101 3
                                    

Ryan menawarkan diri untuk membantu Alisa menyediakan bahan-bahan untuk dimasak sebagai makan malam. Sambil-sambil itu mereka berbual. Sudah semestinya topik yang menjadi perhatian Alisa adalah Aryan, sepupu Ryan.

"Aryan tu bercuti kat sini lama lagi ke?" soalnya.

"Tak lama. Lagi lima hari. Lepas tu, dia balik England lagi," jawab Ryan.

"Oh." Lama lagi tu, bisik hatinya. Kalau boleh, dia mahu Aryan segera pergi dari situ. Dia bukan berniat jahat cuma selagi Aryan masih ada di situ, selagi itu dia rasa terancam. Dia dapat merasakan Aryan memahukan sesuatu daripadanya.

"Tapi betul, saya rasa macam ada benda yang saya tak ingat. Saya tak tahu apa. Macam mana saya boleh pengsan... Saya tak ingat pun saya pengsan," ujarnya, meluahkan rasa tidak puas hatinya. Dia masih dapat merasakan ada sesuatu di sebalik apa yang telah berlaku sewaktu dia keluar untuk membeli barangan dapur siang tadi.

Ryan mengeluh. "Alisa, doktor cakap tekanan darah kau rendah."

Dahi Alisa berkerut seribu. Lobak yang baru diletakkan di atas papan untuk memotong dipotong dadu seperti lobak yang sebelumnya.

'Tapi kenapa saya boleh tak ingat?" Dia masih musykil. Fikirannya jauh melayang. Tanpa disedari, jarinya terhiris mata pisau yang tajam.

"Ouch!" Dia menarik tangannya dengan spontan. Pisau itu hampir jatuh ke bawah namun Ryan sempat menangkapnya dengan sepantas kilat.

"You're okay?" tanya Ryan.

Dia mengibaskan tangannya yang terasa pedih di udara. Ryan tiba-tiba mencapai tangannya. Belum sempat dia mencerna apa yang cuba dilakukan oleh Ryan, lelaki itu terlebih dahulu memasukkan jarinya ke dalam mulut lelaki itu.

Alisa tergamam. Mamat ni nak buat drama ke?

Lukanya bertambah pedih apabila bibir dingin Ryan menekan kawasan sekitar lukanya. Pada masa yang sama, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tajam bergesel di permukaan kulitnya.

Eh, mamat ni dah kenapa?

"Encik, stop."

Ryan akhirnya melepaskan tangannya. "Sorry. It's just... Urm... I want to help you."

Dia terkedu. Mata Ryan...

"Err... You okay?"

Mata Ryan masih menjadi titik fokusnya namun lelaki itu bijak mengelak untuk bertembung mata dengannya.

"Saya okey. Encik okey?"

"Err... Sambung kerja kau. Aku ada kerja pejabat nak siapkan." Ryan berpaling membelakangi dirinya sebelum lelaki itu menghilangkan diri dari situ. Walaupun Ryan sudah tidak lagi berada di situ, Alisa masih tidak berganjak dari tempat dia berpijak.

Apa yang dilihatnya tadi kerap berputar semula di ruang ingatan, menimbulkan satu persoalan.
Benar atau tidak apa yang baru saja dilihatnya tadi.

"Aku salah nampak ke?" gumamnya

.

Suasana di meja makan sepi. Hanya kedengaran sudu yang berlaga dengan pinggan. Masing-masing diam tidak berkutik.

Alisa berkali-kali memerhatikan Ryan. Setiap kali itu juga, bayangan peristiwa petang tadi bermain di ingatannya. Dia masih lagi tertanya-tanya. Dia yakin apa yang dilihatnya itu bukan satu kesilapan.

Sebelum ni pun dia pernah melihat mata Ryan berubah sebegitu. Kali pertama sewaktu jarinya terluka semasa mengutip serpihan gelas kaca dalam bulan lepas. Dan kali ini, dia yakin dia tak salah nampak. Tidak mungkin kedua-duanya dia salah nanpak.

Alisa: The Vampire's GirlWhere stories live. Discover now