Bab 25

1.5K 103 2
                                    

"Apa aku nak buat ni?" Tubuh kaku Alisa dipandang, kesal. Wajahnya diraup. Rasa panik pun ada.

"Alisa, you dengar tak? Bangun." Dia cuba mengejutkan Alisa namun gadis itu masih kaku di tempat duduknya. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Bukan Alisa yang dirisaukannya sekarang. Tapi Ryan... Macam mana dia nak hadap Ryan nanti? Apa dia nak cakap? Ryan kalau marah jangan dibuat main beb! Nampak saja tenang tapi kalau sudah marah...

"Apa aku dah buat ni?" Telefonnya dicapai. Nombor telefon Ryan ditenung lama. Nampaknya dia tiada pilihan lain. Kalau dia tak bagitau awal-awal, dia tahu keadaan akan jadi lebih buruk.

"Haa... Ada apa kau call aku ni?" Suara Ryan menyapa gegendang telinganya.

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. "Ryan, Alisa..." Nafasnya dihela.

"Alisa?" Suara Ryan berubah tegang.

"Yup, umm... Dia ajak aku keluar makan tadi. Lepas keluar makan, aku hantar dia pulang then umm... I don't know what how to explain this."

"Kau buat apa dengan Alisa?" Suara Ryan tegang.

"I'm sorry. Aku tak boleh kawal diri aku. Aku nampak darah.. Aku cuba kawal tapi aku tak boleh. Alisa tak sedarkan diri. But don't worry, she's still breathing. Cuma aku tak tahu apa aku nak buat sekarang." Suara Aryan kedengaran serba salah di corong telefon.

"What do you mean?!" Suara Ryan meninggi. "Aryan, kau bodoh ke apa hah? Kau nak dia mati? Hantar Alisa pergi hospital sekarang!"

"Hah? Okey. Fine." Dia menghidupkan enjin kereta.

"Heartbeat rate?" tanya Ryan.

"Normal. She's just unconscious."

"Aku on the way. Kau jangan lari nanti lepas kau hantar Alisa pergi hospital. Aku nak ajar kau sikit," pesan Ryan. Dia tidak tahu sama ada itu adalah pesanan atau amaran.

Well. Sebagai lelaki, dia tahu dia kena hadap juga.

.

Perlahan-lahan Alisa membuka kelopak matanya. Dapat dirasakan ada sesuatu yang sedang membalut tangan kirinya yang masih terasa ngilu. Dia berada di dalam biliknya sendiri. Semua yang berlaku terlintas semula di kotak ingatannya. Tentang Aryan, bagaimana Aryan menarik tangannya dengan kuat. Belum sempat dia mempertahankan diri, Aryan terlebih dahulu membenamkan giginya ke dalam kulitnya. Sakitnya masih terasa.

"Kenapa aku masih ada kat sini?" Dia sepatutnya sudah pergi dari rumah itu sebaik saja dia tahu semuanya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari beg tangannya namun beg tangannya tidak kelihatan di mana-mana.

"Mana beg aku ni?" Dia turun dari katil lalu berjalan keluar dari biliknya, berura-ura untuk turun ke bawah. Siapa tahu beg tangannya ada di bawah. Dia berhenti di tengah tangga apabila terdengar suara beberapa orang termasuk suara perempuan yang datang dari tingkat bawah. Dia turun lagi namun dia masih menjaga jaraknya supaya tidak berdiri di tempat yang dapat dilihat dari tingkat bawah memandang tangga itu menghadap ke ruang tamu.

.

"This is all your fault." Ryan mencerlung Aryan dengan tajam. Aryan buat-buat tidak bersalah. Sebegitu geramnya dia kepada Aryan sehingga membuatkan dia ingin memberi sedikit 'pengajaran fizikal' kepada sepupunya itu.

Adelea pula setia menjadi orang yang paling penyabar di situ. Dia bertindak menjadi pengawal situasi sekiranya menunjukkan tanda-tanda keadaan akan berubah menjadi tidak terkawal.

"Thanks to you, sekarang ni aku tak tahu nak cakap apa dengan dia. Surely, dia akan ingat apa yang jadi bila dia bangun nanti."

"Dia dah bangun," celah Adelea.

Alisa: The Vampire's GirlWhere stories live. Discover now