Bab 29

1.5K 104 5
                                    

"Kita nak pergi ke mana ni?" soalnya kepada Ryan yang sedang fokus dengan pemanduannya.

"Pergi kedai buku. Kau cakap hobi kau baca buku kan," balas Ryan, acuh tak acuh saja.

"Arr... Ye. Memang saya suka baca buku tapi kenapa encik tiba-tiba nak bawa saya pergi beli buku pula?" soalnya lagi.

"Kenapa? Kau tak nak ke aku belanja kau beli buku?"

"Eh. Mestilah nak kalau free. Tapi yang saya tak faham, kenapa encik nak bawa saya pergi beli buku tiba-tiba eh?" Apa kena dengan Ryan ni? Kenapa Ryan baik dengan dia sejak kebelakangan ni? Eh. Entah-entah Ryan ada rancangan jahat ni.

"Encik ada rancangan jahat eh?"

"Mulut kau ni memang tak boleh nak senyap kan. Dari tadi kau asyik tanya soalan. Boleh tak kau senyap?" marah Ryan.

Dia terus memuncungkan mulutnya. Nak tak nak, dia terpaksa juga mengunci mulutnya. Dia tak nak ambil risiko. Ryan ni vampire. Jangan dibuat main-main tau. Takut dia pula yang kena nanti.

"Kalau kau beli novel, boleh juga kau baca waktu kau free. Taklah kau buang masa dengan benda tak berfaedah."

Alisa terkesima namun dia tidak mahu memberi apa-apa respon. Mereka akhirnya tiba di hadapan sebuah kompleks beli-belah. Ryan memarkirkan keretanya di parking lot bawah tanah. Usai memarkirkan kereta, mereka pun berjalan masuk ke dalam kompleks beli-belah itu.

Mereka masuk ke dalam kedai buku Popular. Di dalam kedai buku tu ada bahagian buku fiksyen untuk kanak-kanak dan dewasa, buku bukan fiksyen, buku masakan, buku keagamaan dan banyak lagi. Mereka pergi ke arah buku fiksyen untuk dewasa. Banyak novel. Sebagai penggemar buku, rambang mata dia melihat.

Dia membelek satu persatu novel yang ada di situ. Dia seorang yang susah memilih jadi untuk membeli sebuah novel memerlukan waktu yang lama baginya. Dia pernah meluangkan masa hampir sejam di dalam kedai buku hanya kerana mahu mencari buku yang tidak akan membuatkan dia cepat bosan.

"Macam cantik je jalan cerita novel ni. Cuba kau tengok." Ryan menghulurkan sebuah novel yang agak tebal kepadanya. Dia mendekati Ryan. Novel yang dihulurkan kepadanya diambil.

"Cinta Terlarang." Dia melihat ke bahagian belakang kulit novel yang bertajuk 'Cinta Terlarang' itu. Di bahagian belakangnya ada sinopsis.

"Yup. Kalau kau baca sinopsis dia, cerita ni pasal cinta yang terlarang antara polis dengan penjenayah. Kira action-romance lah. Pasal family, pengorbanan, dilema and so on. Bagi aku jalan cerita dia menarik."

Dia membaca sinopsis novel itu. "Action-romance..." Dia memang suka cerita bergenre action-romance ni.

"Kau tengoklah dulu. Kalau kau dah siap nanti, call aku. Ini kad kredit untuk kau bayar nanti. Kau belilah banyak mana yang kau nak tapi jangan pula kau beli satu kedai ni. Aku nak pergi beli barang aku pula. Kau jangan hilangkan kad kredit tu tau," pesan Ryan lalu menyerahkan kad kredit kepadanya.

"Terima kasih, encik." Kad kredit itu bertukar tangan. Ryan pun meninggalkannya di situ. Kad kredit itu dimasukkan ke dalam sling bagnya. Dia kembali membelek satu demi satu novel yang ada di situ.

"Alisa?"

Eh. Macam kenal je dengan suara tu. Dia pantas menoleh ke tepi. "Eh. Ju."

"Eh. Betullah kau." Juliana terus menghampirinya.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Juliana.

"Aku nak beli buku. Kau buat apa kat sini? Ya Allah, tak sangka pula aku boleh terserempak dengan kau kat sini."

Alisa: The Vampire's GirlWhere stories live. Discover now