Bab 51

1.3K 103 6
                                    

𝐴𝑘𝑢 𝑡𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢 𝑘𝑎𝑢 𝑘𝑎𝑡 𝑏𝑎𝑤𝑎ℎ.

Sebaik saja menerima mesej itu, dia terus mundar-mandir di dalam biliknya. Dengan keadaan hari malam yang sedang hujan, dia dalam dilema untuk membuat keputusan. Nak pergi ke tak dia pun tak tahu. Ryan ni pun satu. Nak juga jumpa.

Hesy!

Sedang khusyuk mundar-mandir, tiba-tiba telefonnya berbunyi dengan nyaring. Dek terkejut, telefon yang dipegangnya hampir terlepas dari tangannya. Tatkala melihat nama 'Ryan' tertera pada skrin telefonnya, jantungnya semakin berdebar. Lambat-lambat jarinya ditarikan ke atas skrin telefon untuk menjawab panggilan itu. Dia senyap, membiarkan Ryan berbicara terlebih dahulu.

"Aku tunggu kau." Lirih kedengaran nada suara Ryan seperti mengharapkan dia untuk sudi bertemu.

Dia mengkemam bibirnya. Tidak lama selepas itu, dia memberanikan diri untuk menutur kata. "Tapi encik... Erm... Macam nilah. Encik balik dulu. Hari pun dah malam kan."

"Tapi alang-alang aku dah ada kat depan ni. Why not..?"

"Takpe. Encik baliklah dulu..."

Senyap.

"Encik dengar tak ni?"

"Kau tak nak jumpa dengan aku kan?"

"Ya," balasnya jujur namun entah kenapa rasa bersalah terus menghimpit hatinya sebaik saja kata-kata itu terpacul keluar dari mulutnya. Rasa macam tak patut pula dia berterus-terang.

Kesepian berlalu seketika sebelum sayup-sayup kedengaran Ryan menghembus nafasnya.

"Aku takkan pergi dari sini selagi aku tak dapat jumpa kau." Ryan terus menamatkan panggilan tanpa sempat dia membalas apa-apa.

Dia meraup wajahnya sambil menghela nafas berat. Sama ada turun atau tak turun, kedua-dua pilihan yang dia ada semuanya tidak memberi kebaikan kepadanya. Tapi mungkin keadaan akan bertambah buruk kalau dia tidak bertemu dengan lelaki itu. So apa lagi pilihan yang dia ada selain terpaksa bertemu dengan lelaki itu?

Senyap-senyap dia keluar dari rumah sambil membawa payung. Sampai di tempat letak kenderaan di bawah, dia meliarkan pandangannya ke sekeliling namun kelibat Ryan tidak berjaya ditemukannya

"I'm here." Tiba-tiba satu suara garau menegurnya dari belakang. Automatik dia berpaling ke belakang. Satu susuk tubuh tinggi berdiri betul-betul di belakangnya. Entah kenapa bulu romanya terus terpacak tegak. Lantas dia mengundurkan diri ke belakang sedikit.

"Masuk kereta aku."

Dia tercegat di situ.

"Kenapa?"

"Masuk kereta encik?"

"Ya. In case, kalau kau tak nak ada orang nampak kita berdua-duaan kat sini," balas Ryan dengan nada yang tenang. Tapi dalam ketenangan itu terselit satu maksud tersirat. Ryan tidak boleh dijangka orangnya. Itu yang dia risau.

"Err... Tak boleh..."

Ryan mengangkat satu kening.

"Maksud saya, saya tak selesa. Saya harap encik faham."

"Sebelum ni boleh je kau naik kereta aku. Kenapa sekarang kau boleh rasa tak selesa pula?"

"Encik tak faham. Sebelum ni, saya okey je sebab encik ni bos saya. Sekarang..." Kata-kata Alisa tergantung. Hati dan fikirannya mulai berperang sesama sendiri. Entah apa yang ingin disampaikan, dia pun tak tahu.

"Sekarang?"

"Sekarang encik bukan bos saya lagi so saya rasa tak selesa. Saya tak nak orang fikir yang bukan-bukan."

Ryan menganggukkan kepalanya. "Kau takut orang syak kita ada apa-apa?"

Alisa hanya mampu berdiam diri. Lidahnya kelu untuk menjawab soalan itu.

"I get the idea. Kadang-kadang cinta boleh buat kita overthink and as result, kita jadi takut. Kan?"

Alisa hanya mampu mengeyakan kata-kata itu di dalam hatinya. Hanya hati saja yang mampu berbicara dan tidak ada sesiapa yang mampu mendengarnya.

"Alisa, let me be honest, selama ni aku dah cuba untuk lupakan kau. Aku cuba tahan diri aku daripada berhubung dengan kau and to be honest, it was hard for me not to keep in touch with you."

Alisa menggigit bibirnya, cuba menahan perasaan.

"Bila aku jumpa kau balik, aku betul-betul rasa macam aku tak nak lepaskan kau. Ya. Aku tahu dunia kita memang berbeza tapi at least kita boleh bahagia."

Alisa ketawa sarkastik. "Bahagia?"

"Yeah. We love each other."

Dia menggelengkan kepalanya dengan perlahan. "Encik betul-betul pasti ke saya pun cintakan encik?"

"I'm sure."

Dia tersenyum pahit. "Tak... Saya tak cintakan encik."

"Sampai bila kau boleh tipu perasaan kau sendiri? Oh... Aku faham. Mel ugut kau kan? Siapa lagi yang ada ugut kau? Family aku?"

"Encik, kalau kita suka sama suka pun kita tetap takkan bersama. Dunia kita berbeza. Banyak dugaan yang kita kena hadapi."

"Aku dah tak kesah. Aku sanggup and kita akan sama-sama hadapi dugaan tu."

"Ya. Maybe encik sanggup. Tapi saya tak sanggup tau. Macam nilah, encik dah ada Mel. Why not encik cuba hargai cinta dia?"

"Huh. Kau sama je macam bapak aku yang tak guna tu kan. Asyik nak menyuruh je." Nada suara Ryan berubah dalam dan lebih serius.

"Tapi tak salah kan kalau encik terima Mel tu. Dia lebih ikhlas cintakan encik."

Tiba-tiba Ryan mencengkam bahunya. "Aku tahu kau pun ikhlas cintakan aku kan. Aku boleh rasa."

Alisa mendengus nafas. "Huh. Saya pun tak tahu nak cakap apa lagi dengan encik. Macam nilah, encik baliklah. Kalau nak bincang pasal benda ni sampai esok pun takkan habis. Okey?" Tangan Ryan diturunkan dari bahunya.

"Tenangkan fikiran encik. Berdoa. Moga-mogahan Allah akan bukakan fikiran encik untuk berfikir dengan lebih terbuka." Ryan merenungnya lama sebelum dia perasaan anak mata lelaki itu jatuh pada loket yang berada di dadanya. Perlahan-lahan bibir Ryan membentuk senyuman.

"Okey."

Alisa mengukir senyuman. "Okey. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Saya naik dulu."

"Alisa wait."

Alisa yang baru saja berniat mahu berlalu pergi terus terbantut niatnya. Dia berpaling menghadap Ryan semula.

"Thanks sebab sudi pakai rantai tu sampai sekarang."

Alisa tersengih janggal. "Oh. Mahal ni. Mestilah kena pakai je. Nanti hilang atau kena curi, tak ke rugi nanti?" balasnya.

"Baguslah. Aku suka tengok kau pakai rantai tu," balas Ryan sambil tersenyum nipis.

"Err... Okeylah. Saya naik atas dulu."

"Good night."

"Err... Good night." Terkulat-kulat Alisa berpaling sebelum dia berlalu pergi. Ryan hanya mampu mengekori pemergian Alisa dengan anak matanya dengan senyuman yang masih tak lekang di bibirnya.

"Alisa... Alisa... Kau ingat aku tak boleh dengar degupan jantung kau ke? Kan aku dah cakap it beats only for me." Kepalanya digeleng perlahan sambil ketawa kecil. Oh indahnya perasaan ini.

Seketika kemudian, riak wajahnya berubah neutral. Dia merenung ke dalam kegelapan malam.

I hope I make the right decision, hatinya berbisik.

******

Away for 3 weeks for a reason. I owe an apology to those who have waited for update since long ago.🙏🏻

Alisa: The Vampire's GirlWhere stories live. Discover now