Bab 38

1.3K 99 0
                                    

COMPLETE EDIT (BAB 1 - BAB 38)

Kelibat Dato' Redza dan Datin Amelia yang sedang menari dijeling benci. Masa-masa menari inilah yang paling dia tidak suka. Selalunya dia akan duduk menyibukkan diri dengan telefon.

Sedang khusyuk dengan telefonnya, dia terdengar bunyi kasut tumit tinggi yang sedang mendekatinya. Apabila dia menoleh ke tepi, kelihatan Mel sedang mendekati meja itu. Senyuman ceria menghiasi wajah gadis itu yang dicalit dengan mekap yang agak tebal. Pun begitu, ianya masih kelihatan cantik di wajah gadis itu.

"Jom menari," ajak Mel

Dia mengangkat satu kening. "What? Are you serious?" Mel tiba-tiba menarik tangannya. Terpaksalah dia bersetuju untuk menari dengan Mel walaupun hakikatnya rasa janggal menebal di dalam hati. Mel pula kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa masalah mahu menari dengannya.

"Lepas ni, kau tak nak main piano ke?" tanya Mel.

"Hmm... Tengoklah nanti," balasnya. Dia pernah beberapa kali memainkan piano dalam majlis yang sama sebelum ini. Itupun disebabkan mahu mengelakkan diri daripada diajak berbicara oleh orang ramai.

Keadaan berubah senyap.

"Kenapa kau tengok aku macam tu?" tanya Ryan apabila dia perasan Mel merenungnya dengan lama. Dia perasan degupan jantung Mel juga berbeza daripada yang sepatutnya.

"Sorry. Aku termenung sekejap," balas Mel. Dia berhenti menari. Tangannya diturunkan dari bahu Ryan.

"Jap. Aku nak pergi tandas. I need to fix my make up," katanya.

"O- okey."

Dia pun pergi ke tandas. Dia sempat membelek wajahnya di hadapan cermin. Mekapnya tidak ada apa-apa yang kurang, masih sama sewaktu dia datang ke situ. Berkat membeli mekap mahal haha. Selepas beberapa minit berada di situ, dia kembali semula ke dalam dewan. Dari jauh dia dapat mendengar bunyi piano. Dilihatnya Ryan sedang memainkan piano di satu sudut sambil disaksikan oleh orang yang berada di dalam dewan itu.

Senyuman terbit di bibirnya. Dapat dirasakan degupan jantungnya kembali menjadi tidak normal. Tiba-tiba Puan Maryam muncul di sebelahnya.

"Suka la tu tengok," usik Puan Maryam sambil menyiku lengan Mel.

Wajah Mel mulai membahang. "Mama ni..." Kepalanya dijatuhkan ke bawah, cuba menyembunyikan wajah malu-malu kucingnya.

"Get ready. Lepas ni, kita akan bincang soal jodoh Mel dengan Ryan," beritahu ibunya.

Dia terpempam. Matanya spontan terbeliak. "Ma, kenapa tak bagitau dulu dengan Mel?"

"Why? What's wrong? Mel sendiri pun tak sabar kan?"

"Mel... Ugh. Mel malu, ma. Janganlah bincang pasal ni depan Mel sekali. Macam mana Mel nak tengok muka Ryan nanti?" keluh Mel, separa berbisik.

"Just chill. Nanti Mel diam je. Jangan cakap apa-apa. Leave it to mama dengan papa. Okey?"

Sekali lagi, dia melepaskan keluhan. Debaran di dada semakin menggila. Dia dan ibunya kembali duduk di tempat duduk mereka. Sementara menunggu Ryan kembali ke meja itu, ibunya sempat memberi kata-kata semangat kepadanya.

Ryan pun akhirnya kembali semula ke tempat duduknya. Dia sempat memandang ibu dan ayahnya silih berganti.

"Ryan," panggil Tuan Sheriff.

Alisa: The Vampire's GirlWhere stories live. Discover now