Part 7

8 1 2
                                    

-" Its hard to forget someone who gave you so much to remember...!"-

Mieqa merebahkan badannya di atas katil, notifikasi yang muncul di skrin telefonnya di abaikan. Dia menekup mukanya dengan bantal, dalam fikirannya cuba untuk melupakan semua benda yang terjadi di dewan tadi . Senyuman Alina, gelak tawa Alina sedaya upaya dia lupakan.

" kenapa kau buat semua tu? nak jealous kan aku  ke? or kau sengaja nak balas dendam ?" pelbagai persoalan keluar dri fikiran Mieqa.

" kalau lah aku boleh undurkan masa balik, aku takkan pernah mintak putus dengan kau. sumpah aku takkan cakap perkataan putus tu. hurmm kenapa lah aku terburu - buru sangat ni, Ya Allah , kenapa dengan aku ni ." 

*********************************************************************************

24 NOVEMBER 2017....

Alina berjalan masuk kelas dengan gembira , tak tahu kenapa waktu tu terlampau gembira baginya. Beg sekolah berwarna hitam di letakkan di atas kerusi, seperti biasa dia dan rakannya akan berkumpul di meja belakang . perempuan kan kerja dia bergossip jelah. 

" wassupp gaisss." tegur Alina.

" weyh apahal kau happy sangat ni?" tanya nurul.

" jangan happy sangat nanti berduka." balas Qilah.

" salah ke?"

Alina mengangkat baju sekolahnya sebelum duduk. Dia membetulkan tudungnya di hadapan sebuah cermin kecil yang sering berada di dalam kotak pensilnya. 

Mieqa berjalan di hadapan kelas Alina, tapi tidak dihiraukan oleh Alina. 

"Bella ada orang nak jumpa kau." Panggil seorang pelajar perempuan . Dulu Alina dikenali sebagai Bella kerana bella merupakan nama timangan yang sering digunakan. 

langkah Mieqa terhenti. Dia berhenti untuk memerhati Alina.

" yer saya, " kata Bella.

" hyee you, urmm birthday you lagi 2 hari kan? nahh hadiah birthday. i bagi awal sebab tim ebirthday you confirm ramai bagi kan." kata seorang pelajar lelaki sambil menghulurkan sekotak hadiah.

" awww thankss, nanti birthday you i bagi hadiah jugak okey." Balas Alina dengan senyuman mesra.

Mieqa tersengih kelat, dia terus meninggalkan Alina dan pelajar lelaki itu.

tepat pukul 2 petang 

Alina menunggu Mieqa di depan pagar sekolah, berkali - kali dia melihat jam tangannya . Kelibat Mieqa langsung tidak muncul. penat menunggu lama, Dia berjalan menuju ke padang sekolah.

sampai di padang sekolah dia terkesima melihat Mieqa dengan sofea. Dia memerhati dari jauh. 

" kalau aku pergi dekat nanti kne marah, tapi apa dorg buat tu." desis hati kecil alina. 

Dari jauh kelihatan sofea sedang bergurau dengan mieqa . Tipulah kalau tak cemburu. 

" Khairy , i tunggu you depan pagar sejam tau. You buat apa kat sini .?" Sergah Alina. Khairy atau dikenali sebagai mieqa , waktu sekolah Mieqa lebih dikenali sebagai Khairy. 

" nak balik, balik jelah dulu. Aku stayback nak study dengan sofea." balas Mieqa.

beribu soalan terlintas di pikiran Alina. Kenapa guna kau aku? kenapa dia tiba - tiba rajin study. Aku ada buat salah ke?

" wow, hahahahah jumpa betina lain terus kau aku siot. okey - okey i faham." Perli Alina, dia terus berjalan meninggalkan Mieqa.

Mieqa memerhatikan Alina yang semakin jauh meninggalkannya. Entah apa yang dia pikirkan saat itu.

" i balik dulu." kata Mieqa.

" kata nak study?" soal Sofea.

" malas." balas mieqa dengan pendek , dia terus mengemas barangnya.

Dia berjalan keluar dari pagar sekolah, dia cuba untuk mencari Alina di bus stop, tapi Alina tiada di situ. Dia membuka telefon bimbitnya. panggilan demi panggilan dia buatnya  tapi tidak diangkat oleh Alina.



BACK TO YOUWhere stories live. Discover now