Part 3

9 1 7
                                    

                                             ................... I MET YOU FOR A REASON.................

Mieqa meletakkan beg di atas kerusi, rimas matanya memandang pelajar perempuan yang lain. Meja paling hujung menjadi tempat pilihannya.

"Morning Alina." suara seorang pelajar lelaki membuatkan mieqa terkejut.

" Hyee morning faz." Balas Alina dengan senyuman mesra.

Mieqa terus memalingkan mukanya ke dinding, tak diduga yang dia sekelas dengan Alina.

" Aikk beg siapa ni?" Alina memandang kearah beg berwarna hitam di sebelah meja nya.

" Budak baru." Balas Faz sambil mengemaskan buku.

Alina hairan, dia hanya mampu tersengih ..

Mieqa menarik hoodienya sehingga menutupi sebahagian atas wajahnya. 

" Mieqa? awak nak tutup muka awak sampai habis kelas saya ke?" berderau darah Mieqa selepas di tegur oleh Sir Amin.

" apahal kau kat sini." Kata Alina dengan tiba - tiba.

Mieqa menjeling ke arah Alina.. Dalam masa yang sama hatinya berdegup laju.

********************************************************

Mieqa menguap beberapa kali, tumpuannya semakin terganggu kerana mengantuk. Dia mengalihkan pandangan ke arahh luar tingkap. Tiba - tiba ternampak sepasang kekasih berjalan ni koridor.

" Euw jijik." Kata Mieqa, dia mengalikan pandangan ke arah Alina.

" Astaga ni lagi jijik... Macam mana minah ni boleh tido dalam kelas, lecturer tak nampak ke?" Mieqa terkejut melihat Alina yang nyenyak tidur.

Matanya di gosok berkali- kali. Apakan daya disebabkan terlampau mengantuk Mieqa tumpas. Dia meletakkan kepala di atas meja.

" ehem amboi sedap kau berdua tidur dalam kelas saya ya? Bangun bangunn." Tegur Sir Amin.

Mieqa terkejut lalu terus membetulkan rambutnya dan posisi nya. Alina pula selamba meletakkan kembali kepalanya di atas meja.

" Seperti mana yang awak semua tahu, kita ada projek kena buat ya anak - anak. ahli kumpulan kena terdiri daripada 2 orang ahli dan saya yang akan tetapkan pasangan awak." Kata Sir amin sambil tersenyum lebar , dia membaca setiap nama pelajar . Ada yang suka ada yang berduka.

" Mieqa dan Alina awak satu kumpulan." dengar sahaja nama mereka dipanggil , Mieqa terus berdiri Alina pula terus terjaga dari tidur.

" Sirrr saya nak orang lain boleh?" Tanya Alina.

" Sirr saya taknak dengan dia ni." Kata Mieqa

" saya suruh buat kerja berkumpulan bukan suruh korang kahwin pon. Keputusan saya adalah muktamad yer anak - anak. Jangan nak merayu macam budak tadika." Sir Amin tersenyum sorang. 

" kenapa mesti hidup aku dihantui bekas yang tak guna." Alina membebel sendiri.


BACK TO YOUWhere stories live. Discover now