Part 1

18 3 1
                                    

2 FEBRUARI 2019   : 12.00 A.M

Sayu hati Alina selepas mengenang semua kisah lama. Dia tidak henti menangis di hadapan cermin. Suasan tengah malam yang sejuk disebabkan hujan lebat menemani Alina. 

"kenapa mesti kau muncul waktu aku cuba untuk lupakan kau ?" Persoalan itu bermain - main di pikirannya. 

Lama kelamaan Alina tertidur kerana terlampau penat menangis.

8.30 A.M

Alina berjalan masuk ke kelas. Dia meletakkan kepalanya di atas meja, Aidid terus bangun dan berjalan ke arah Alina. Aidid merenung ke arah Alina dengan lama, hasrat hati ingin menegur tapi keadaan Alina tidak mengizinkan .

" Lina kau kenapa?" Aidid memberanikan diri . Aidid adalah seorang kawan lelaki yang paling rapat dengan Alina sejak sekolah menengah lagi.

" Aku okey." Balas Alina.

Namun suara Alina yang sayu membuatkan Aidid tertanya.

" Gaduh dengan family lagi ke?" tanya Aidid tapi dibalas dengan gelengan kepala.

" Korang sir kata harini kelas cancel sebab sir ada emergency , then miss Arina tak dpt masuk sebab dia kena jaga exam . Soo i guess kita boleh balik ." Kata Emily. 

" Jom lepak cafeteria." Ajak Aidid. 

Alina bangun , dia membetulkan bajunya sebelum berjalan keluar kelas. Aidid yang perasan dengan keadaan wajah Alina terus berasa tak sedap hati.

*CAFETERIA*

Aidid menghulurkan dua bungkus roti. 

" soo start." Kata Aidid,

"Eyyyy..... pikiran aku serabut, otak aku kusut. selama kau kenal aku dari sekolah menengah sampai sekarang , aku banyak berubah ke? Dari segi fizikal and tingkah laku aku." 

Aidi terdiam sementara.

" Bagi aku terlampau banyak , yelah dri muka kau tak nampak macam dulu. Fizikal kau pon dah berubah dari sebesar ibu jari dah jadi sekecil kelingking. Sebab tu ramai tak cam kau. Kenapa kau tanya." 

" Semalam aku terserempak dengan Mieqa, time aku keluar dari bilik sir Ridhwan. Dia tengah bincang dengan sorang pensyarah ni. Aku kalau boleh taknak nampak dia , patu kalau boleh aku taknak dia tahu aku study dekat sini. kenapa mesti dia muncul waktu aku dah berjaya lupakan dia? "

" soo tu je sebab kau moody pagi tadi? sis anda terlampau stupid. " Balas Aidid sambil ketawa , tapi tawanya terhenti apabila terpandang ke arah seorang lelaki berbaju kemeja hitam. 

"Haa kenapa kau diam ? kena sampuk hantu ?" Perli Alina.

" tu ." Aidid menjeling ke arah lelaki itu . Alina pula gelabah tak tentu pasal lepas nampak kelibat Mieqa. 

Mieqa jalan berhampiran meja Aidid dan Alina, dia memandang Alina dengan lama. Dia cuba untuk menegur Alina namun hasratnya terhenti apabila melihat Sofea yang sedang berjalan ke arahnya.

" jomm chaw." Kata Aidid sambil menarik tangan Alina.

Terpampar kehairanan di wajah Mieqa. Sofea turut memerhati Aidid dan Alina.

***************************************

Alina mencari kunci motornya di dalam beg, dia memandang ke arah Adid sambil membuat muka ..

" macam - macam lah tino ni ." kata Aidid.

Alina berjalan ke arah meja tadi, sosok kunci yang berada di bawah meja membuatkan Alina berasa lega. Dia terus menggapai kuncinya.

" Bella kau ke tu?" teguran dari seorang lelaki itu membuatkan jantung Alina bergerak dengan laju , badannya kaku. otaknya buntu taktahu nak jawab apa.

" Broo u salah orang , i Alina bukan Bella." Balas Alina sambil menundukkan wajahnya.

" takkan lah , aku tak salah orang. kau Bella kan? kau tak kenal aku ke? Aku Mieqa." Balas Mieqa.

Alina menahan airmatanya ." Khairy? huhhh." nama itu terlepas dari mulut Alina. Dia terus berjalan meninggalkan kawasan itu. Aidid menarik lengan baju Alina . 

" kau, kau Bella.. aku tak silap.." kata Mieqa di dalam hati .




BACK TO YOUWhere stories live. Discover now