Part 8

6 1 2
                                    

Alina melemparkan beg sekolahya di atas katil, dia menangis di penjuru biliknya. Hadia yang di berikan oleh seseorang tadi jatuh di atas lantai. Dia mematikan telefon bimbitnya. Lama kelamaan dia tertidur kerana penat menangis. 

keesokkan hari

Alina menutup mukanya dengan buku , berat matanya untuk menumpukan perhatian ketika kelas sejarah. 

" cikgu saya nak pergi tandas." kata Alina, puan aini membalas dengan anggukan.

Dia berjalan keluar kelas, sampai di dalam tandas dia membuka tudungnya untuk membetulkan ikatan rambutnya. Dia memerhati kelibat Sofea dari dalam cermin. Sofea makin lama makin dekat ke arahnya.

" Apa kau nak?" Tanya Alina.

" chill sis, nak marah kenapa? urmm aku pelik lah, depan cikgu and depan semua orang kau ni baik jer. urmm more too nampak alim. Padahal haa rambut karat siot . entah - entah kau ni bohsia kan kat luar." kata sofea 

" berani." balas Alina dengan nada sinis.

" okey straight to the point, apa kata kau bagi je Khairy dekat aku ? boleh? lagipon kan antara kau dengan aku , aku lagi lawa kot. Bukan aku yang kata yer, pakwe kesayangan kau yang kata." 

" wow beraninya .. tbh aku tak kisah pon lah kau nak ambik dia . kalau kau rasa kau suka dia go on ambik. Yer memang aku tak lawa macam kau . Sebab tu lah Khairy suka dekat kau.  Tapi kalau khairy pilih kau , means dia bodoh lah kan sebab pilih rupa dari perasaan. Aku dengan dia dah lama kot kau tiba - tiba muncul macam ni nak rampas dia pulak hebatt kau ni." balas Alina, sebenarnya dalam hati dia dah bertakung kemarahan. Air matanya ditahan .

" Yeke? Tapi Khairy kata kat aku yang dia tak pernah couple dengan kau.. urmm kesiann syok sendiri."

" bukti?" Suara Alina bertukar nada. tiba - tiba panas hatinya.

Sofea mengeluarkan telefon bimbitnya, dia menghalakan telefonnya ke arah Alina. 

Alina membaca satu persatu, makin terbakar hatinya. 

" HAHAHAHAH wehh lawak nyaaa. Kau dengar sini yer, kau nak ambik Khairy tu Ambik lah aku tak kisahlah . Tak mati pon kalau tak ada dia dalam hidup aku." Herdik Alina dia terus berjalan keluar dari tandas.

keluar sahaja dari tandas dia terkejut melihat Mieqa yang sedang berdiri di tepi pintu . Dia memandang Mieqa dengan lama . Senyum kelat dilemparkan ke arah Mieqa. 

" Dasar jantan." perkataan itu terkeluar dari mulut Alina tanpa berfikir.

Jam menunjukkan tepat pukul 2, Alina berjalan ke arah padang sekolah. Sebelum latihan bermula, dia membetulkn tudung sekolahnya. Matanya yang berair di lap beberapa kali. 

Aidid memerhati Alina , dia pasti mesti ada perkara yang terjadi. 

" kau kenapa?" sergah Aidid.

" aku senggugut." Alina cuba untuk menipu. 

Tiba - tiba kelibat Sofea dan Mieqa muncul.

Bola dilemparkan ke arah Alina, dia terus melemparkan ke arah Sofea. Tanpa belas kasihan, bola yang dilemparkan terlampau kuat dan terkena muka Sofea. 

" Hancur." kata Alina sambil berjalan ke arahh Aidid.

" kau kenapa? tak reti main elok - elok? dengan pasukan sendiri pon dah cari pasal ke?" Jerit Mieqa.

Aidid terkejut, Alina pula terdiam.

" Apa masalah kau? Aku training sebelum ni kena pukul kena baling ngan bola kau tak ambik tahu pon. " Kata Alina , api kemarahannya makin membuak.

Tiba - tiba keadaan menjadi tegang.

BACK TO YOUWhere stories live. Discover now