Part 4

7 1 2
                                    

                       ...... Whatever you do, never run back to what break you!.....

Alina memasukkan semua gumpalan kertas ke dalam tong sampah. Semua kotak yang berada di atas almari di bawa turun, matanya memerhati setiap inci kotak semua isi di dalam kotak di bawa keluar. Dia merenung majalah sekolah dengan lama.

" omaigaddd huduhhnya aku huwaaaa. Kalau lah dulu aku cantik mesti aku takkan jumpa mamat tu kan." Alina membelek setiap helaian majalah sekolah itu. Wajah lamanya diperhati dengan lama. 

Terlampau banyak perubahan yang telah terjadi kepada dirinya. Daripada tona kulit yang agak gelap kerana berjemur di tengah panas , kini telah menjadi cerah. Giginya yang tidak teratur kini telah tersusun rapi punca daripada pemakaian bracess. Tubuh badannya yang agak gempal kini telah menjadi kurus kering. 

Alina membuka almari bajunya, dia mengeluarkan baju kurung cotton lamanya. Dia menggayakan baju tersebut satu persatu. Alina tersenyum lebar melihat dirinya di depan cermin. 

" lepasni pergi class pakai baju kurung lah , baru nampak ayu sikit hiksss." Kata Alina sambil tersenyum malu melihat diri sendiri.

Dia sambung mengemas kotak yang telah di bawa turun. Dia membelek sebuah kotak berwarna merah jambu dengan riben di atasnya. Perasaan ingin tahu membuatkan Alina tergoda untuk membuka kotak itu.

Sekeping surat di lekatkan di atas seutas gelang. Di tepi surat tersorok sekotak cincin. Alina membuka kotak cincin itu. Perasaannya bercampur - baur selepas melihat isi kotak.Setiap perkataan yang tertulis di surat itu dibaca dengan teliti. Rasa sebak tiba - tiba menyelubungi dirinya. 

"kenapa aku simpan benda ni? entah - entah dia dah buang aku dri hidup dia . Aku jer over simpan barang dia bagi. " Alina meletakkan surat itu ke tempat asalnya.

Dia memerhati kotak itu dengan lama. 

" tapi klau aku buang , rugi lah sebab cincin dengan gelang ni cantik lagi kot."

" Tak salah kot simpan barang dari ex." Alina mengalihkan kotak berwarna merah jambu itu ke atas katil. 


BACK TO YOUWhere stories live. Discover now