Hari yang ditunggu telah pun tiba. Empat sahabat itu tampak gembira dan ceria. Mereka tahu bahawa tempat yang mereka ingin pergi ini,adalah sebuah tempat yang menyimpan 1001 cerita dan rahsia.
Apakah cerita di sebalik banglo itu?.....
Daripada apa yang mereka baca,dahulu ada sebuah keluarga tinggal di banglo tersebut. Kehidupan keluarga itu sangat bahagian. Namun,pada suatu hari,mereka semua ditemui Mati dalam keadaan yang mengerikan.
Selepas beberapa tahun kejadian yang menggemparkan negara itu berlaku,sebuah keluarga telah membeli rumah banglo itu. Namun,kegembiraan mereka tidak berakhir lama apabila anak lelaki sulung mereka,kerap dirasuk dan akhirnya ditemui mati juga,dalam keadaan yang mengerikan. Kematian anak mereka telah menyebabkan keluarga itu berpindah keluar dan jauh dari rumah banglo tersebut.
Sehingga kini,rumah itu masih terbiar tanpa penghuni,apatah lagi pembeli. Kelibat lembaga kerap dilihat oleh penduduk kawasan tersebut,namun tiada siapa berani menegur ataupun masuk ke kawasan rumah tersebut.
°°°°°°°°°°
"Selamat hari raya,hari untuk kita bersuka ria~..." Zass menyanyikan lagu raya,membiarkan rakannya yang lain memandangnya pelik.
"Haiya!You laya apa maa? Kita mau Jadi ghostbusters,"tegur Victor,berjenaka.
"Kita cuti macam ni,rasa macam hari raya maa..."balas Zass lagi, sambil matanya dialihkan ke luar tingkap kereta.
"Kau berdua tak Nak tidur ke? Tengok macam Ali,dan sampai dulu." Rudy melawak sambil mencebik ke arah Ali yang sudah ternganga di sebelah tempat duduk pemandu.
"Bwahahahahahahahahahahahaha!!! Dia tu kat mana-mana pun boleh tidur!"bentak Victor sambil gelak besar.
Zass turut gelak. Keriuhan gelak tawa mereka telah menyebabkan Ali terjaga. Terpinga-pinga Ali melihat rakan rakannya mengekeh. Selepas puas berdekah dekah,akhirnya suasana menjadi sunyi dan sepi.
Kini,Zass pula mengambil alih menjadi pemandu. Semuanya tidur dengan lena. Maklumlah,sudah pukul 1.30 tengah hari. Ini memang waktu mereka tidur.
Kereta dipandu tenang. Jarak sudah tidak jauh. Mereka sudah memasuki daerah di mana terletaknya rumah banglo itu.
Aplikasi Waze dibuka Zass. Dia bergantung pada aplikasi itu kerana tidak tahu selok belok jalan menuju ke rumah banglo tersebut.
"Turn right and after 100 meter,turn left." Suara dari aplikasi Waze memecah kesunyian suasana di dalam kereta.
"Wei! Cari kedai makanlah . Lapar!" Tiba tiba Rudy bangun dan bersuara.
"Ish! Kau ni,buat terkejut aku je!"kata Zass.
"Lapar,wei! Tu aku bangun,"kata Rudy lagi,sambil membuat muka lemah mengharap simpati.
"Yelah yelah! Kalau jumpa kedai makan nanti kita berhenti" jawab Zass sambil meneruskan pemanduannya dengan tenang.
Rudy hanya mendiamkan diri. Matanya melilau ke sisi jalan . Sunyi dan lenggang suasana di kawasan itu.
"Wei,berhenti! Beeeriheeentiiiiii!!!!! Tu--ade kedai makan,"teriak Rudy. Matanya masih memandang ke arah kedai makan yafng terletak lebih kurang 100 meter dari kedudukan mereka. Zass memberinya tatapan datar.
Haluan kereta kini diubah. Ali,Rudy dan Victor masing masing kebuluran,apatah lagi kesemuanya kecuali Zass baru bangun tidur. Kereta diberhentikan. Tidak sempat enjin dimatikan,Ali terkocoh kocoh keluar dan terus memilih tempat duduk. Rudy hanya tersenyum melihat sikap rakannya itu. Mereka sudah sedia maklum dengan perangai Ali.
"Anak,nak makan apa? Minum apa?"tanya seorang wanita berumur dalam lingkungan 70-an yang mengambil pesanan mereka.
"Nasi goreng kampung dengan air sirap ais,Nasi bagi lebih ya, nenek!"Ali pantas menjawab. Tidak menyabar. Yang lain hanya mampu menutup muka dengan perangai sahabat mereka yang satu itu.
Selepas mereka semua membuat pesanan,nenek tadi terus menuju ke dapur. Kelihatan seorang lelaki yang hampir seusia dengannya di dapur. Mungkin suami nenek itu.
Ali mengeluarkan fail dari dalam begnya. Fail itu mengandungi artikel artikel tentang banglo yang ingin mereka kunjungi. Mereka harus mengetahui beberapa perkara sebelum memulakan aktiviti mereka di sana.
Sehelai demi sehelai kertas diselak oleh Ali. Dia cuba mencari sesuatu maklumat. Victor disebelahnya pula hanya melihat tingkah laku Ali.
"Haa! Jumpa pun. Wei,korang tengok sini,"ujar Ali tiba tiba sambil menunjukkan hamparan sehelai kertas yang mempunyai gambar.
"Kenapa?"soal Rudy,cuba mengetahui sebab Ali menunjukkan helaian bergambar itu.
"Sini ada tunjuk plan dalam rumah. Kita kenalah tahu selok belok di dalam rumah. Tepi ni nanti kita bina khemah kita," terang Ali lagi. Jarinya menunjuk ke arah kawasan lapang dalam gambar tersebut.
"Oh ok,takde hal,"jawab Rudy,tenang.
Sedang mereka berbual bual,nenek tadi muncul membawa pesanan mereka. Selepas menghidangkan makanan,nenek tadi duduk di meja sebelah sambil memerhati mereka berempat menjamu selera.
"Anak semua ni dari mana? Nenek tak pernah korang semua sebelum ni,"tegur nenek itu.
"Kami dari Cyberaya,nenek. Datang sini nak pergi rumah berhantu tu!"jawab Zass tanpa berselindung.
Rudy menendang kaki Zass,menyuruhnya diam. Itu adalah rahsia.
"Error... sebenarnya kami pelajar kolej. Kami nak siapkan projek kami berkaitan gelombang,dan adakah hantu serta makhluk ghaib mempunyai gelombang." Ali cuba berkalis dan menipu.
"Betul!" Victor menyampuk,untuk menguatkan lagi kata kata Ali. Matanya turut menjeling ke arah Zass,tanda bengang dengan sikap Zass yang terlalu lurus itu.
"Hati hati ya. Dahulu ada juga yang datang macam kamu. Tapi semuanya hilang tak dapat dijejak atau dikesan." Nenek itu memberi amaran.
Empat sahabat itu mengangguk tanda faham. Nenek tadi kembali semula ke dapur untuk menyiapkan kerjanya.
Rudy mengeluarkan sebuah diari berwarna merah. Diari itu baru dibelinya tempoh hari untuk mencatat aktiviti mereka sepanjang 3 hari bermalam di rumah banglo itu.
20/02/2006
1:20tengah hari-kami berempat berhenti makan di warung yang terletak 300 meter dari rumah banglo itu. Zass,si mulut celupar telah membongkar aktiviti kami. Kami akan berkhemah selama 4 hari 3 malam. Pelan rumah juga kami sudah hafal sedikit. Semoga aktiviti ini berhasil......°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
Bersambung...
Harini Sampai sini je,dah x larat dah nk taip,lenguh Jari dan dah ngantuk dah nih ih...
Note: VOTE COMMENT and FOLLOW!!!!!!!
YOU ARE READING
Diari 1 Malam [Ejen Ali FF]
HorrorCOMPLETED!!!!!! DO NOT COPY!!!! Empat sahabat yang belajar di sebuah kolej swasta tidak percaya dengan kehadiran ciptaan Tuhan yang lain mengambil keputusan untuk mengkaji 'tentangnya'. Tetapi mereka tidak tahu yang mereka mengambil tindakan yang ti...